Tuesday 1 May 2018

SAMBAL CENCARU SAYUR BETIK

Sambal Cencaru...
Seekor Ikan Cencaru ..
Sambal Seekor Ikan Cencaru..
Diulang2 SEEKOR Ikan Cencaru.
Sebab jarang kot  orang masak sambal ikan seekor sahaja..
Hahahaha...
Tapi memang mak aku hanya masak samab ni hanya SEekor sahaja ikan..
Untuk lunch berdua ngan mak aku..
Hari Ahad...aku nak ayam goreng
Mak aku cakap dah  gi kedai mamak depan tu nak beli ayam....
Tapi sebab dah pukul 12 tengahari..mamak tu cakap ayam dah habis walaupun dah 2x stok..
Kena tunggul stok ke3 pukul 2 pm..
Mak aku cakap kena makan ikan la sebab ayam xde...
Aku ok jer makan ikan ..
Abang yang x makan ikan...



2 ekor ikan cencaru
Haaa....yang ni aku mengaku..
Aku baru tahu  ikan yang kulit keras ni namanya IKAN CENCARU..
Kalau Ikan Kembung  aku tahu..
Ikan bawal..ikan keli..ikan tongkol aku tahu..
Ikan Salmon lagi aku tahu sebab isi dia warna orange...lain dari tang lain..
Tapi hari ni aku kenal lagi 1 ikan..
Ikan Cencaru...!
Mak aku cakap ikan cencaru ni dolu2  kalau kat asrama ...dipanggil Ikan Jaket..
Kenapa dipanggil Ikan Jaket?
Haaa...mak aku kata sebab kulit  dia keras macam pakai jaket..!!
Hahahaha....


Mak aku kata Ikan Cencaru ni lah disebut dalam perumpamaan..
"Seperti Cencaru Makan Petang"
Haaa....aku pernah dengar tapi x pernah amik port...
Apa maksudnya pun aku x tahu..
Aku memang peminat peribahasa..
Banyak peribahasa yang aku tahu dan selalu jadi tempat kawan2 aku tanya maksud peribahasa..
Tapi bukan semua peribahasa yang aku tahu..
Contohnya "Seperti Cencaru Makan Petang"
Mak aku kata  maksudnya...kerja yang dilakukan lambat tetapi membuahkan hasil yang baik...
Mmm...
Contohnya gi Pasar Malam dah lewat2 orang dah nak tutup..
Nak beli ayam goreng 1 ketul..Tapi sebab dah last. .penjual tu bg offer by 1 get 1 free...
Camtu la kot maksudnya...
Hahaha...sesuka hati jee bg contoh


Sambal Cencaru...
Mak aku makan sambalnya..
Ikan seekor tu aku yang habiskan
Aku suka ikan sambak..
Tapi sebab sambal tu pedas sangat...
So, mak aku soh aku habiskan ikan tu


SAMBAL IKAN CENCARU
1 ekor ikan cencaru
1/2 keping asam keping
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 bawang besar - hiris
2 cili padu- patah2kan
minyak
Bahan Blend:
5 cili kering
1/4 bawang besar

1. Garam kunyit disapu pada ikan dan goreng garing
2. Tinggalkan minyak anggaran 2 sudu dan tumis bahan blend.
3. Masukkan asam,garam,gula dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan ikan goreng dan bawang besar hiris dan cili padi
5. Sesuaikan rasa



Ikan Cencaru yang kecik dah masak sambaYang besar jadi ikan goreng sorang separuh ngan mak aku..
Tapi sebab aku dah makan sekor ikan sambal ..
Aku soh mak akunplak habiskan ikan goreng tu..
Fair & square la kan...


Mak aku juga masakkan Sayur Betik Muda..
Betik ni menag muda sebab warna biji dan isinya masih putih...
Baki masak SAYUR TUMIS BETIK kat sini....minggu lepas nyer...

Separuh dah masak sayur tumis
Separuh lagi baki tu mak aku cakap asalnya nak masak Kari ngan Ayam..
Tapi sebab dah ayam dah habis kat mamak tu
Mak aku cakap masak Sayur Bening jer nak match kan dengan Sambal Cencaru..
Sayur Bening tu apa...?
Haaa...Bening tu mak aku cakap istilah orang selatan...
Sayur Bening tu maksudnya sayur air..
Just masak bersama air dan bebrapa bahan lain..
Bening tu actualally maksudnya JERNIH
Kalau katnkampung nenak dipanggil sayur  boh air..
Maksudnya Sayur Bunuh Air..
Haahahaha...bapak sempoi baq ang..!!



Rupa dia macam Sup Labu Air..
Tapi memang bukan..
Ni memang Sayur Air Betik Muda. 

SAYUR AIR BETIK MUDA
1/2 biji betik muda
3 cawan air
1 sudu teh garam
2 cili padi merah- belah2

Bahan Tumbuk:
Segenggam bilis
2 bawang putih
² bawang merah

1. Betik dibuang kulit dan bijinya..Hiris  tebal2.
2. Masukkan betik bersama air dan bahan tumbuk dalam periuk
3. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan cili padi.
4. Sesuaikan rasa.



 Wajib la makan ngan nasi putih..
Xkan nak makan ngan spaghetti plak kan..
Hahahaha...
Tapi our taste memang suka nasi yang berderai..
Like nenek juga...x suka nasi yang lembik..
Kalau bubur xper lembik..
Kalau nasi aku pun sama cam nenek  nak yang berderai...


Mak aku cakap sayur betik muda tu sedap cicah ngan Sambal Belacan..
Tapi sebab x buat sambal belacan..
Mak aku makan  ngan Samabal Penyet ni.
Sambal Penyet ni kakak yang bawa balik hari Jumaat tu..
Kakak kata ada kawan kakak jual..
Kakak kata mahal la jugakkkkk...
Tapo sebab nak support biznez kawan..kakak beli juga..
Hahahahaha.....

2 comments:

  1. salam

    sayur bening tu istilah org jawa. masak bening. masak air.
    For southerner who is not a Javanese, kita sebut sayur masak tumis air/ sayur rebus/ sayur masak rebus.
    teringat lagi masa baya baya awak, kalau hari Sabtu, saya pergi ambil sedikit langkuas mak tanam dgn serai.

    kendian, blend together dengan chilli merah kering yg dah direbus dgn bawang putih dan bawang merah garam secukup rasa. Garam kunyit ikan ..
    kendian masukkan bahan yg diblender tadi dalam cavity perut ikan dan belah belakang. kendian balut daun pisang dan bakar....kalau tak bakar dalam kuali je.

    lepas tu bila nak makan perah asam limau... sedap...


    kalau nak benda benda tadi blend dengan kelapa parut dan daun kunyit dan daun limau perut... pun sedap....bila stuffed dalam cavity ikan.


    btw referring to your comment earlier of -" Tapi masalahnya mak kiter nyee habit suka kumpul barang banyak2 dlm kabinet dapur dh mcm mini kedai runcit..."


    Awak ambil la initiative - macam tepung tepung bahan bahan letak dalam botol kaca. kemudian labelkan. Lepas tu buat la list apa ada dalam cupboard tu. dan expiry date sekali.
    tiap tiap minggu awak update lah. just glance through. also bila mak masak awak cross apa yg dah habis dan tinggal setengah ..

    Hampir dekat exxpiry gunakan red ink.
    list n get a blue tack lekat kan di pintu dalam cupboard. Gunakan a4 paper je.

    utk crisper - list down and date simpan dan expiry. freezer content buat different lists. ni letak je depan pintu fridge.

    you will never go wrong. infact nanti mak akan slash apa dia ambil dan dah habis.. team effort but it taking time but surely worth it.

    cuba la buat.lepas tu letak kat blog..
    that is a good exercise for efficiency and management ...







    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa....mak kiter ada citer pasal ikan ni dibakar bersumbat sambal dan inti kelapa..Tapi kita belum pernah makan ikan masak macam tu..mesti sefap kan...
      Hahaha...pasal nak buat listdown & lable tu..mmmm...doakan agar kiter kiter rajin & mission tercapai..Kalu berjaya jiter buat special entry...hahaha...anyway TW sis nor .muah3

      Delete