Tuesday 19 December 2017

NASI DAGING HAMPAQ ORIGINAL

Nasi Daging Hampaq Original...
Masih Catatan Diary Cuti
Achik belanja lunch Nasi Daging
Nasi Daging ni salah satu makanan popular kat Kedah..
Hari Sabtu yang pergi kenduri 3 rumah tu..
Sepatutnya nenek ada lagi 1 jemputan  memang dah diberitahu menunya Nasi Daging Makan Dalam Talam...
Tapi sebab dah kekenyangan dan kenduri yang Nasi Daging Makan Dalam Talam tu agak jauh ..maka x jadi pergi.
Kata nenek tuan rumah tu memang dah bagitahu menunya Nasi Daging Makan Dalam Talam sebab dorang sembelih lembu fresh..
Mak aku la ralat sangat sebab Nasi Daging tu fav mak aku..
Makanya Achik belanja makan Nasi Daging Hampaq Original ni..
Nasi Daging Hamapaq Original ni antara yang famous
Hampaq tu nama salah satu satu tempat dalam Daerah Pendang..
Sebenarnya ejaan dia HAMPAR tapi dah orang Kedah sebut HAMPAQ
Achik kata tempat tu lebih dikenali sebagai Pondok Hampaq
Pondok kalau kat Kedah mean " tempat belajar dan mendalami agama Islam"
Bukan " little hut" pondok tempat berehat atau rumah kecil tepi sawah yer..!
Kan kita belajar Sejarah sistem pendidikan tradisional di Tanah Melayu antaranya ialah Sekolah Pondok
Landmark dia seberang jalan berdepan Pie Bundle..
Haaaaa...dulu aku selalu ingat ada jual chicken pei borong ke..
Rupanya Pie sebutannya Pi....E...nama orang la..
Ok..ok...sambung citer Nasi Daging
Gerai bodo tepi jalan je..
Makan pun atas meja panjangggg dibuat daripada papan dan bangku panjang ggggg juga dibuat daripada papan..
Tapi Nasi Dagingnya memang terkenal di Pendang.
Tapi seperti nenek selalu cakap "Don't Judge Book By The Cover"
Hahaha...kellllasss nenek ko Jah..!!
Hahaha


Aqil dah x sabar nak makan...
Aku lak sibok nak snap pic dulu..


Hahahaha...sorang setalam ko..!
Aqil dah muka bored .
Dia nak makan tapi kena tunggu aku nak snap pic dulu

Sat...sat....kita tengok menu dia sat na..
Haaa...nin dia menu dia...
Kat sini hanya ada menu Nasi Daging jer..
Xde makanan lain...
Harga dia berbeza ikut set yang kita nak..
Aku..mak aku..Haikal..Achik pilih Set A
Aqil pilih set B sebab dia nak Kari Daging


Ni la set A
Nasi....Daging....Air Asam & Air
Haaa...air tu  air korda dah siap bancuh dalam tong & self service..
Boleh amik sendiri.
Boleh tambah
Tapi hanya 1 jenis air la
Kalau nak air lain boleh jer beli kat depan tj ada gerai jual air. .


Achik cakap kat Hampaq tu biasanya kalau kenduri mang menu special dia Nasi Daging Air Asam Makan Dalam Talam..
Sesuai ngan nama tempat tu PONDOK HAMPAQ..
Mengambil berkat sunnah Rasullullah
Nasinya akan dihidangkan longgok dalam talam bulat yang besar dan dimakan secara berjemaah berkongsi setalam seramai 2 hingga 3 orang..
Tapi kalau couple ..ko jangan berangan lak nak makam kongsi talam ngan gefren @ boifren ko..
Sebabnya kat sini jemputan lelaki dan perempuan diasingkan khemahnya..
Hahahaha...jangan wat lawak nak makan setalam berdua2an lebih2 lagi kalau belum halal..
Haaa....
Selebihnya aku xde info dah sebab orang Pondok Hampaq ni belum pernah jemput aku kenduri kat sini..
Achik selalu la..
Kotttttt....


Haa...kalau xnak Air Bancuh..
Boleh jer beli air kelapa kat depan tu..
Tapi bayar lah sendiri..
Yang tu x termasuk dalam pakej..



Nasinya memang sedap..
Air Asam pun sedap
Rasa Kari Daging Aqil pun sedap.
Memang Kari Pekat ada adaging dan kentang
Dagingnya lembut tapi x banyak
Padan lah dengam harganya
Kalau nak banyak minta la extra..bayar la extra..
Ala...kalau makan Nasi Arab tu berbelas henggit kan....
Ni baru 6 henggit...dah la sedap...

Mungkim sebab Nasi Daging ni senonim dihidangkan dalam talam..
Maka ia tetap dihidangkan dalam talam
Tapi talam kecik saiz individu la..
xde la talam besar macam achik cakap tu yang dimakan kongsi beberapa orang tu
Aqil x sabar2 nak makan..
Aqil nyer set 8 henggit sebab ada semangkuk Kari Daging..
Huh..berbaloi la semangkuk Kari ada daging dan kentang tambah 2 henggit jer..
Sedap plak tu...


Asalnya Achik nak share ngan Aqil jer
Takut Aqil x habis..
Tapi Aqil x kasi
Aqil cakap xnak kongsi..
Nak makan semua tu sorang
Haaa...terpaksa Achik order lagi 1


Nampak..!!!!
Licin Aqil makan Nasi tu..
Maknanya sedap la tu
Kecuali lentang & carrot Aqil asingkan ke tepi sebab dia x suka kentang & carrot
Hahaha


Aqil memang pandai makan guna sudu kari jer
Xde sebiji nasi pun tumpah..
& xde sebiji nasi pun tertinggal kecuali kentang dan carrot..
Errrr...ALHMDULILLAH...
Syukur dengan rezeki dari Allah
Terima Kasih Achik belanja..

Sebenarnya mak akqu juga pernah masak Nasi Daging ni..
Ni pic Nasi Daging masakan mak aku
Dah pernah tulis pasal RESIPI NASI DAGING & REMPAH NASI DAGING kat sini..

2 comments: