Wednesday 29 November 2017

SAMBAL KACANG TUNGGAK DENGAN HATI DAN LIMPA

Sambal Kacang Tunggak Dengan Hati dan Limpa.
Sebenarnya  Bersama Hati,Limpa dan Buah Pinggang Lembu..
Haaa...ganas x masakan ni
Segala macam organ lembu..
Kacang Tunggak tu plak...
Sebarnya nama lain untuk Kacang Mata Hitam..


Kacang Mata Hitam ni ada banyak nama rupanya...
1. KACANG MATA HITAM-
     Tu nama dalam mykad dia kot..ha3

2. KACANG KETUPAT-
     Mak aku cakap nama ni mungkin sebab
     dicampur dalam ketupat pulut

3. KACANG TUNGGAK
     Itu panggilan dari sesetengah orang Indon.
     Mungki  tumggak tu ada maksud lain dalam
     bahasa Indinesia

4. KACANG OTO
    Pun nama yang dipanggil oleh sesetengah
    tempat di Indenesia..Mungkin oto tu ada
    maksud lain

5. KACANG PUTIH
    Mungkin sebab warnanya putih

6. KACANG BIJI
    Itu panggilan dari orang kampung Aunty Ogy

7.  BLACAK EYE PEAS
     Tu nama in English


Sambal Kacang Tunggak..
Masakan ala Indonesia
Sebab tu namanya pun Kacang Tunggak..
Sebagai penghargaan panggilan dari orang Indonesia...



Mak aku kata Sambal ni sedap
Tapi kena masak bagi kering
Tu kata mak aku la..
Aku..?
Haaa...dah nama kacang tu boleh lagi la nak rasa walaupun aku x suka kacang
Tapi sebab mak aku masak Sambal Kacang Tunggak dengan Hati dan Limpa Lembu..
Haaa...H.A.T.I.........L.I.M.P.A.....
Itu memang putus selera aku..
Not my taste
Aku memang x boleh nak telan hati ..limpa...jantjng..buah pinggang..bagai tu
Abang pun xnak makan sebab ada hati dan limpa



So..hanya mak aku yang makan lauk ni
Makbaku cakap sedap..
Mak aku kata kacang tu lemak & maching dengan sambal Hati & Limpa..
Mmmmmm.....aku no comment..



Kata mak aku ...
Idea nak masak Sambal Kacang Tunggak dengan Hati dan Limpa ni asalnya dari komen Aunty Ogy
Komen tu kat entry BUBUR KACANG KETUPAT kat sini...

Haaa...ni la komen tu..
Pastu mak aku cakap rasa macam sedap jer..
Aku memang x minat kacang tu..so diam jer lah
Mak aku cakap bila google
Rupanya banyak versi masak Sambal Kacang Tunggak ni kat Indonesia
Ramai juga yang panggilnya Kacang Tolo..
Macam2 lauk dimasak dengan campuran kacang ni...
Kebanyakan dimasak dengan " Keropok Kulit Lembu" yang terkenal di Indonesia
Mak aku cakap orang Indonesia memang kreatif dalam masakan berasaskan kacang..
Contohnya masakan daripada tauhu,tempe,kacang soya,jacang tanah,kacang tolo dan bermacam jenis kacang lagi..
Mak aku cakap mungkin sebab Indonesia kaya dengan hasil pertanian..
Mmmm...mak aku memang suka explore mender2 camtu..
Pastu yang kena tadah telinga opkos la aku..
Hahahaha..
Kalau tengok 702...703..707..727
Kadang memang mak aku bagi info lebih dari Marinka...Farah Quinn...hahahaha
Masakan Sambal Kacang Tunggak dengan Hati dan Limpa ni mak aku cakap idea dari masakan Indon tapi mak aku cakap diubahsuai semula dengam campuran daun kari untuk kurangkan bau hati dan limpa lembu

SAMBAL KACANG TUNGGAK DENGAN HATI & LIMPA
1/2 kg campuran hati dan limpa lembu
( atau organ lain seperti perut,paru,jantung dll)
1 cawan kacang tunggak ( kacang mata hitam)
( rendam semalaman dan rebus empuk)
1/4 cawan minyak
2 pelepah daun kari
1 keping kecil asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Rebus hati dan limpa dalam air mendidih anggaran 5 minit untuk mudah dipotong
2. Potong hati dan limpa yang sudah direbus
3. Panaskan minyak dan tumis daun kari hingga garing
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
5. Masukkan asam,garam dan gula dan sesuailan rasa
6. Masukkan potongan hati dan limpa
7. Masak hingga agak kering
8. Masukkan pula kacang tunggak yang sudah direbus dan gaul rata.
9. Masak hingga kering baru dimatikan api..


Hati ..Limpa & Buah Pinggang Lembu


Hati warnanya macam koko


Limpa Lembu..
Mak aku cakap beza antara limpa dengan hati ialah..Limpa lebih lembut..warna macam darah...ada selaput putih diluarnya..



Buah Pinggang Lembu
Mak aku cakap nenak panggil Geli- geli Lembu..
Hahahaha...lawaks


Potongan hati..limpa dan buah pinggang
Mak aku cakap sepatutnya hati dan limpa tu direbus dulu baru potong..



Tapi sebab dah terpotong dulu baru teringat..
Maka kena lepas potong baru rebus..
Makanya ..kena  redho...hahaha



Kacang Tinggak a.k.a Kacang Mata Hitam yang sudah direbus empuk...
Syyyyy...nampak x ada mata tunas kacang tu..
Mak aku cakap ini kes terendam overdose
Sepatutnya rendam malam..pagi rebus..
Ini kes mak aku kata rendam malam..
Esoknya dah petang baru rebus..
Sehari semalam direndam sampai rumbuh mata tunasnya..
Kalau tambah lagi 2 malam direndam..
Mak aku cakap dah boleh tanam...
Macam belajar Sains sekolah rendah dolu
Rendam Kacang Hijau..
3 malam direndal dalam kapas basah jadi taugeh
Di biar seminggu jadi pokok kacang hjjau..
Tapi sebab dalam tabung uji...xdelah pokok tu berbuah



Toskan hati dan lImpa rebus


Tumis daun kari dan rempah blend hingga garing dan masukkan garam,gula dan asam



Masukkan hati,limpa dan buah pinggang



Masak hingga agak kering


Masukkan Kacang yang sudah direbus..
Gaul rata


Sesuaikan rasa dan masak hingga betul2 kering..
Hidang denagn Nasi Putih @ Roti

2 comments:

  1. Hu..hu..nangis tengok sambal kacang biji...sedap ni ratah2 gitu...semangkuk besar boleh abis...Tuan Doktor dah bagi amaran kat Aunty..asid uric Aunty tinggi..boleh tengok jer...(nangis lagi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ciannya aunty dah x boley makan kacang yer...jangan nangis kiter masih gang sebab kiter pun x suka kacang..hahahaha..asid uric tu apa..xper2 nanti kiter google

      Delete