Saturday, 7 October 2017

LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS

Lempeng Pisang Tepung Beras..
Namanya gitew mesti sebab guna pisang & tepung beras la tu..
Dah tahu dah....
Kalau nama lempeng Kelapa sebab boh kelapa..
Ni namanya Lempeng Pisang Tepung Beras  .
Mak aku masak untuk sarapan pagi tadi..
Pagi Sabtu yang terang...xde hujan..
Sebelum aku gi Seminar tadi..


Lempeng Pisang ngan Teh O
Tapi aku cubit sikit jer
Sebab pagi..
Kalau petang ke malam ke baru feel nak makan lempeng ni..
So..aku just minum Susu & makan roti jer



Lempeng Pisang Tepung Beras ni mak aku jer lah kot akan makan
AKAN MAKAN...
Sebab masa ni mak aku x makan pun..
Terus hantar aku gi seminar tu..
Pastu mak aku cakap nanti tengahrai nak gi kenduri..
So..mesti x masak nasik kot..
Sebab aku pun seminar sampai petang


Mak aku cakap pisang tu baki Pisang Raja
Yang buat Pisang Goreng beberap hari lepas..


Ni cuma tinggal 4 biji jer
Dah masak ranum..
Ranum tu macam dah terlalu masak la..
Kalau masak sesedap rasa tu dipanggil sudah masak
Kalau hampit masak dipanggil mengkal..
Kalau sebelum mengkal mmak aku cakap dipanggil Pisang Tua
Kalau belum tua dipanggil pisang muda..
Kalau sebelum muda..masak pisang tu masih kanak- kanak mak aku cakap dipanggil Putik Pisang..
Hahahaha....lawaks arrtr..
Kalau sebelum putik tu mak aku cakap belum dupanggil pisang..
Tapi dipanggil Jantung Pisang ..
Hihihi...panjangnya citer...
Sebelum dapat jadi Lempeng Pisang


LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS
4 biji pisang masak ranum
1 cawan tepung beras
½ cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
Sedikit minyak



1 Lenyek pisang
2 Campur pisang lenyek dengan kelapa,garam dan tepung beras..
3 Panaskan pan kecik dan sapu sikit minyak
4 Bahagikan adunan kepada 4 untuk dpatkan 4 lempeng yang kecik
5. Masukkan 1 bahagian adunan dan ratakan dalam pan dan ratakan
6 Masak hingga nampak garing dan balikkan sebelah lagi
7 Bila dua2 belah sudah garing angkat
8 Ulang hingga habis aduanan



Aku suka Lempeng Pisang
Tapi kalau pagi macam kureng skir arrr.
Kecuali kalau xde gi mana2  xper makan lempeng ni waktu pagi pun..
Aku suka makan Lempeng Pisang kalau petang @ malam...
Sebab selalunya lepas makan pisang dan kuih dari pisang aku akan terus rasa nak " berry"
Hahahaha...
Ok..bye

No comments:

Post a Comment