Friday 20 October 2017

KARI SARDIN DENGAN TOMATO


Kari Sardin Dengan Tomato
Lauk untuk lunch


 Nenek dah balik Kedah
Abang pun dah balik
Hari ni rumah dah senyap sunyi



Lauk pun Kari Sardin
Dengan Tomato
Ayam Goreng
That's all


KARI SARDIN DENGAN TOMATO
1 tin kecil sardin
2 biji tomato hijau
5 cili padi
1 sudu teh asam jawa+ 1 cawan air
garam
3 sudu minyak
1/2 cawan santan pekat ( 1/4 santan kotak)
2 sudu rempah kari ikan

Bahan Tumis:
2 bawang merah
1 bawang putih
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air
3. Biar rempah tumis naik minyak dan masukkan sardin bersama sosnya
4. Tambah air asam jawa dan sedikit lagi air ikut kepakatan kuah yang disukai
5. Masukan tomatobyang dibelah- belah dan garam
6. Biar mendidih dan sesuaikan rasanya
7. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa ketika supaya kuah naik minyak.

No comments:

Post a Comment