Tuesday, 31 October 2017

PISANG GORENG THAILAND STYLE

Pisang Goreng Thailand Style
Bahasa Rojak tu
Kalau betulnya Pisang Goreng gaya Thailand
Kalu englishnya
Thailand Style Banana Fritter
Kot.....


Semalam petang nyer Pisang Goreng..
Petang ke kalau dah nak maghrib
Haaa..ppetang la lagi sebab maghrib pun sekarang masuk awal tau
Mak aku cakap kalau aku nak ganti puasa ker elok sekarang ni sebab manghrib masuk pukul 6.59
Haaa...belum pukul 7 dah maghrib do...
 Mak aku cakap kali ni buat Pisang Goreng Thailand style
Apa bezanya
Mak aku cakap bezanya hanya pada adunan batter nya




Hari tu lagi mak aku dah cakap nak buat Pisang Goreng Thailand ni
Masa tu tengah layan cahannel 703
Ala..saper dah nama chef Thailand tu..
Hadoi...lupa la plk..
Chef tu tunjukkan salah satu Thailand  street food Pisang Goreng ni


Pisang goreng biasa juga
Cuma batter dia mak aku cakap wangi harum la sebab ada kelapa..bijan & esen vanila..

PISANG GORENG THAILAND STYLE
Pisang separa masak- sebaiknya pisang nipah atau pisang awak
Minyak untuk goreng

Bahan Batter:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan kelapa parut
1/4 sudu teh baking powder
1 cawan air
2 sudu bijan
1/2 sudu esen vanila
sedikit pewarna kuning



Campur tepung gandum,tepung beras,baking powder,garam,gula dan kelapa dlam 1 bekas



Bancuh bahan-bahan tersebut dengan air dan tambah esen vanila dan pewarna kuning



Kupas pisang dan  hiris  atau belah dua


Celup dalam adunan batter dan goreng terendam hingga garing kedua-dua belahnya


Toskan dan sedia dihidangkan panas-panas


Ni pisang Nangka yang mak aku gunakan
Pisang ni abang beli hari Ahad
Mak aku cakap soh abang beli Pisang Raja @ Pisang Nipah
Tapi abang cakap xde
Yang ada hnay pisang nangka

Monday, 30 October 2017

KUIH SAGU WARNA-WARNA

Kuih Sagu Warrna-warni
Mak aku masak semalam
Aku suka Kuih Sagu ni
Tapi aku lagiu suka yang versi lembut
Mak aku cakap yang lembut tu versi x kukus..
Just kacau dan sejukkan
Tapi kakak suka yang liat-liat macam ni..versi kukus
Mmmm...selera x sama kan...



Kuih Sagu ni apun antara yang mak aku selalu juga buat...
Tapi sebelum ni nama dia lain..
Haaa...nama dia
SAGU DELIMA ZAMRUD kat sini
KAT SINI pun ada mak aku buat versi banyak
SAGU PANCA WARNA kat sini



Semalam mak aku masak ni sebab ada kakak & abang sekali
Kakak suka la kuih yang liat-liat ni
Kakak kata macam chewing gum


Aku suka tengok isi kuih ni yang merah ..merah...delima
Hijau...hijau zamrud


KUIH SAGU WARNA-WARNI
1 cawan sagu
4 sudu gula
1/4 cawan air- jika sagu ditoskan hingga kering
(jika sagu masih basah..x perlu guna air)
 pewarna merah dan hijau

kelapa putih + secubit garam

1. Rendam sagu agak2 15minit  hingga kembang
2. Buang air rendaman & campurkan sagu dengan gula & 1/ 4 cawan air
3. Bahagikan beberapa bahagian & campur pewarna yang berbeza
4. Panaskan pengukus & masukkan cawan2 kecil
5. Sudukan sagu kedalam cawan & kukus agak2 20 minit hingga sagu nampak jernih..
6. Sejukkan & keluarkan dari cawan lalu digaul kelapa bergaram.


Sagu dibasuh dan direndam


Bahagi dua bahagian  dan warnakan hijau


Dan merah
Masukkan juga gula

Panaskan kukus..
Sapu minyak pada cawan-cawan kecil dan isikan sagu tadi bersama sedikit airnya


Bila masak akan nampak jernih lut sinar dan tiada lagi bintik-bintik putih
Sejukkan sekejap dan keluarkan daripada acuan
Gaul dengan kelapa yang digaul sedikit garam

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR PUCUK UBI

Ayam AMsak Lemak Cili Padi Campur Pucuk Ubi
Lauk untuk lunch semalam
Sebab ada ABANG  harus lah ada AYAM
Asal ada AYAM...akan ada la ABANG
Abang dan Ayam...Berpisah Tiada....
Hahahaha...



Dah lama juga mak aku x masak lauk Ayam Masak Lemak Cili Padi Campur Pucuk Ubi ni..
Sebab tu semalam bila mak aku masak lauk ni semua pun makan berkali-kali..
Heee...lately ni memang pun mak aku masak lauk sempoi giler jer sebab hanya makan berdua sahaja
Kadang aku pun just masak burger jer untuk lunch or dinner
Kadang masak maggi jerk...



Tapi semalam nyer lauk ni sedap la...
Cukup rasa lemak..masin..masam dan pucuk ubi pun sedap

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR PUCUK UBI
1/2 ekor ayam-lagi sedap guna bahagian tulangn-tulang
1 ikat pucuk ubi
2 asam keping
1 kotak santan

Bahan tumbuk
10 cili padi
1 ketul kunyit segar
1 sudu teh garam


1. Masuk bahan tumbuk bersama 2 cawan air dalam periuk.Kata mak aku ikut style nisemilan masak lemak cili api memang x letak bawang...
2.Masukkan ayam & serai & biar mendidih hingga ayam 1/2 masak.
3. Masukkan pucuk ubi,asam keping,garam & sikit gula & masak lagi hingga ayam empuk & pucuk ubi lembut
4. Masukkan santan kotak & kacau sentiasa dengan api yang kecik.
5. Bila mendidih sesuaikan rasanya & angkat..Siap

Bahan tumbuk..
Kunyit,garam dan cili api sahaja  sebab mak aku cakap nak ikut style negeri sembilan.
Tapi mak aku cakap kalau style nismilan ni kena botol-botol lomak...baru la sodap
Kadang mak aku letak jer bawang...x tahu lah ikut negeri mana...hahaha


Ayam sebaiknya kalau nak masak berkuah,,mak aku cakap pilih yang bertulang sebab bila dimasak kuah akan lebih manis
Kalau guna bahagian isi macam dada ayam tu kurang la sikit kick
Tapi mak aku cakap kalau omputih memang dorang hanya akan guna bahagian isi-isi  sahaja sebab mak aku kata omputih memang takut sangat ngan tulang..
Sebab tu kalau makan ikan pun dorang akan cabut semua tulang sebelum dimasak..
Haaa...itu mak aku yang cakap..
Aku x bertanggungjawab tau..!!!
Hmmm...tapi omputih makan ke Masak Lemak Cili Api ni..
Kikikikiki..




Bahan tumbuk & ayam.. Campur juga2 cawan air dan masak hingga ayam empuk


Kemudian baru masukkan pucuk ubi dan asam keping..Masak hingga pucuk ubi lembut
Haaa...pucuk ubi tu dah kocut-kocut sobab ee ni pucuk ubi yang nenek den bawaan masa coti Diwali minggu lopeh laiiii...
Heee..kena speaking nismilan la kan sebab dah makan masak lemak cili padi kan...


Akhir sekali baru dimasukkan santan kotak.Jika terlalu pekat bolehlah tambah sedikit air dan sesuaikan rasanya..

Sunday, 29 October 2017

LAKSA CAMPUR KUAH SATE

Laksa Utara...
Kenapa Laksa Utara?
Sebab Laksa ada banyak version..
Ada LAKSA KELANTAN ...kuah dia lemak putih
Ada Laksa Perak...buat dari Tepung Gandum
Ada Laksa Johor...buat dari Spaghetti
Ada Laksa Nyonya...macam Mee Kari
Ada macam2 laksa..
Macamana aku tahu...?
Sebab dah pernah tulis MACAM- MACAM LAKSA kat sini



Laksa Utara pun ada beberap versi...
Info dari mak aku...
Ada Laksa Asam
Ada LAKSA LEMAK UTARA
Ada LAKSA ASAM SEDAP macam kat sini
Juga mak aku cakap ada juga Laksa Utara juga yang terkenal di Teluk Kechai( nama tempat)
Kuahnya kuah lemak utara tetapi dimakan bersama Sambal Kelapa Khas..
Haaa...yang tu aku belum pernah makan..
Tapi mak akh cakap aku dah pernah makan masa kecik...heeee..patut la aku x ingat sebab kecil lagi kot..
Mak aku cakap kalau kat Perlis ada sesetengah tempat Laksa Utara dimakan bersama Pulut Udang a.k.a Pulut Panggang..
Hrmmm...cam sedap jer...
Kat Perak plak Laksa Utara dimakan bersama Telur Dadar yang digoreng garing..
Mak aku kata namanya Laksa Sarang..
Haaa...yang ni pun aku belum pernah makan...


Tapi yang aku nak citer hari ni ialah
Laksa Cpur Dengan Kuah Sate
Laksa Dengan Sate...
Dicampur bersama...
Pernah makan..????
Aku pun ni baru 1st time..
Pun makan kat rumah...
Bukan mak aku masak..
Tapi beli..
Pun bukan belim Laksa Sate
Tapi beli Laksa dan Sate..
Balil rumah baru campur..



Camni la rupa Laksa Kuah Sate a.k.a Laksa Sate
Mak aku cakap Laksa Sate antara yang popular disesetengah tempat di Kedah..
Mak aku cakap sejak dulu2 memang ada orang jual disesetengah tempat..
Aku try juga google...
Ada jumpa info
LAKSA SATE kat sini
KAT SINI  pun ada coter pasal Laksa Sate tu
Dua2 info yang aku jumpa tu memang kat Kedah
Nama tempat tu Simpang Empat Kangkung..
Bila tanya mak aku
Mak aku cakap betul la tu
Simpang Empat Kangkung tu kat erea mana
Mm...mak aku cakapnkalau nak gi Alor Setar memang kita lalu pun..
Mak aku cakap Simpang Empat Kangkung tu main road nak ke Alor Setar pun..
Mmmm...nanti balik nak gi lah..


Mak aku cakap sebelum ni pun mak aku dah selalu makan Laksa campur Sate ni..
Tapi aku jer bari 1 st time...
Rasa dia...?
Hmmm...bagi aku ada sedikit pelik tapi boleh makan
Mak aku lak cakap SEDAPPPPP SANGAT..
Mmmmm...sedap tu subjektif kan...
Mak aku cakap sedap tu terpulang pada tekak masing- masing
Kalau tanya orang Kelantan mesti mereka kata Laksa Kelantan sedap
Kalau tanya orang Johor mesti depa vangga dengan laksa spaghetti
Kalau tanya aku...
Semua pun aku boleh jer makan..
Bila tanya mak aku dalam semua laksa..
Laksa apa yang paling sedap...
Mak aku cakap LAKSA FREE..
hahahaha...

ASAM PEDAS AYAM + BELIMBING BULUH

Asam Pedas Ayam + Belimbing Buluh
Bukan lauk hari ni
Lauk 2 minggu lepas lagi
Kat dalam draff
Mmm...mak aku cakap Belimbing Buluh ni ada yang panggil Belimbing Sambal
Sebab orang selalu masak sambal kot..
Macam mak aku juga selaluasak sambal letak belimbing buluh..
Mak aku cakap kalau kat Indon dipanggil Belimbing Wuluh..
Ermmm...apa beza Buluh & Wuluh..?
Yang ni aku belum dapat jawapan
Sebab kalu belimbing wuluh jarang disebut dalam senitron...hahaha
Kalau perkataan lain banyak yang aku dah faham..
Contohnya Waluh tu Labu
Ketan tu Pulut..
Wortel tu Carrot
Jahe tu Halia
Pare tu Peria..
Ahhh...banyak lagi lah..
Tetiba lak dok translate bahasa Indon ni dah kenapa...
Hahahaha...


Asam Pedas Ayam + Belimbing Buluh ni antara lauk yang juga mak aku masak..
Asal ada stok belimbing buluh jer..
Mmmm...memang dah tahu la slagi stok belimbing buluh tu ada..
Selagi tu lah lauknya mesti ada nama Belimbing Buluh...
Asam Pedas Ay Belimbing Buluh ni adalah antaranya...
Ni pun resipi  aku just C&P jer dari
ASAM PEDAS AYAM DENGAN BELIMBING BULUH kat  sini
Resipi 3 tahun yang lepas...
Resipi tetap sama..cuma mak aku kata bila masak xdelah syap jumlah bahan..
Kadang bawang tu lagi besar..cili lagi pedas..
Daun kesum kadang fresh..kadang kecut..
Kikiki..
Selain Asam Pedas Ayam Dengan Belimbing Buluh...
Banyak lagi la mak aku akan belasahasak yang gunakan Belimbing Buluh...
Antaranya..
1. Asam Pedas Ilan Kembung Belimbing Buluh kat sini..
2. Sambal Sardin Belimbing Buluh
3. Sambal Cili Padi Belimbing Buluh
4. Sambal Bilis Belimbing Buluh
5. Masak Lemak Cili Api Ayam Dan Belimbing Buluh

Ada yang aku suka..
Ada yang hanya mak aku jer suka..
Sebabnya kalau seminggu tu asyik belimbing buluh...hahahaha


ASAM PEDAS AYAM DAN BELIMBING BULUH
 1/2 ekor ayam-potong besar
20 biji belimbing buluh
1/2 cawan minyak masak
1 batang serai
1/2 cawan air asam jawa
sikit gula
1 sudu teh garam

Bahan Blend:
20 cili kering
1 kunyit segar
2 hiris lengkuas
5 bawang putih-bawang putih
1 bawang besar
sikit belacan


1. Rebus dulu cili kering.
2. Blend cili kering dengan belacan,bawang besar,bawang putih,lengkuas & kunyit.Blend sampai halus
3. Panaskan agak2 la 1/2 cawan minyak & tumis bahan yang dah blend sampai garing dan naik minyak
4. Masukkan ayam & biar sampai 1/2 masak.Masukkan juga serai ketuk
5. Masukkan air asam jawa cair @ 2 keping asam keping,belimbing buluh,garam,sikit gula..Kalau x guna air asam jawa..Masukkan air agak2 tenggelam ayam tu.
6. Biar mendidih hingga ayam empuk & belimbing lembut .
7. Sebelum angkat baru masukkan daun kesum supaya timbul bau asam pedas tu...

**** Pesan mak aku,walaupun guna belimbing  buluh yang memang masam tapi mak aku tetap guna asam keping kerana belimbing tu x dibelah-belah..Belimbing tu x masam sangat sbb dimasukkan sebiji-sebiji & masak sampai betu-betul lembut...

 Bahan blend.


Panaskan minyak dan tumis bahan bend


Bahan tumis kena masak sampai garing dan naik minyak


Masukkan ayam
Masak hingga ayam separuh masak


Tambah air secukupnya dan belimbing buluh
Masak hingga mendidih


Belimbing buluh kena masak agak lama supaya isinya empuk dan kurang masamnya


Daun kesum kena masuk akhir sekali supaya baunya kekal.Walaupun dah kecut tapi bau dia tetap bau daun kesum..hahaha

Saturday, 28 October 2017

SAMBAL TEMPE DENGAN PETAI

Sambal Tempe Dengan Petai
Lauk tengahari tadi..
Lunch hari Sabtu...
Weekend...dapat la lunch betul- betul lunch waktu tengahari...


Sedap baq ang....
Walaupun we all buka Javanese
Tapi lauk tempe memang favourite semua..
Nenek suka..
Achik suka..
Kakak lagi la suka...
Tapi kakak TAL SUKA Petai..
Hahaha..rugi3....
Aku..?
Memang sukaaaa...
Tambah lagi sebab weekend..
Sabtu
Memang aku akan makan kalau ada petai..
Ala...esok Ahad..
Sempat la lagi neutralkan bau petai tu sebelum hari Isnin...kikikiki...




Cuma petai ni ada sikit jer..
Ada 1 papan jer..
Sib baik biji petai tu bapak besar ar..
Sebiji petai tu mak aku cakap boleh potong 4
Itupun masih besar..
Tapi kalau potong kecik2 sangat x besh ar..
Tak rasa petai...

SAMBAL TEMPE DENGAN PETAI
2 bungkus tempe- potong dan goreng
1 cawan bilis- goreng
1 papan petai- hiris
1/2 cawan minyak
Garam & secubit gula

Bahan Blend:
1 cawan cili padi hijah
1 bawang besar
3 bawang putih
sedikit belacan

1. Potong dan goreng tempe
2. Goreng juga ikan bilis
3. Panas minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah garam & secubit gula
4. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng
5. Masukkan juga petai
6. Gaul rata dan sesuaikan rasa



Yempe dan Ikan Bilis


Petai...isi petai


Bahan untuk blend.. Tak perlu blend halus sangat..kasar- kasar jer



Tumis bahan blend


Masukkan garam  & gula dan biar naik minyak


Masukkan tempe goreng...ikan bilis goreng dan petai


Kacau rata dan sesuaikan rasanya...


Pastu mak aku soh aku gorengkan ayam...
Alamks...camaner bleh terlupa nak snapnpic masakan aku..
Ayam Goreng  jer pun...
Tapi air tangan aku tu..
Bkn takat air tangan tau..
Air mata sekali tau..!
Sebabnya masa aku goreng minyak panas tu terpercik kat mata aku...
Meleleh Ayaq Mata Ceq tau...!!
Huhuhu...
Bila mak aku sudah mandi akubpun dengan sedis la citer  minyak panas terpercik tu..
Sekali mak aku cakap lupa nak bagitau aku supaya hati dan pedal ayam tu kena goreng last sekali & kena tutup kuali sebab hati dan pedal memang akan buat minyak terpercik..
Laa....mana aku tahu...
Aku belasah goreng hati dan pedal sama ngan daging ayam yang lain...
Hmmm....mak aku bukan simpato pun..
Mak aku cuma cakap..."Belajar Dari Pengalaman"
Huhuhu...sib baik aku cepat mengelak..
Kalau x...
Mau berparut kat muka aku...
Boleh effect kat jumlah hantaran kahwin oooo...
Hahaha...larikkkkkk