Monday 18 September 2017

SAMBAL PETAI DENGAN BILIS TIN

Sambal Petai Bilis Tin
Sedappppp...
Mmmmmmm.....
Lauk lunch hari Sabtu...
Hari Malaysia
Semua cuti sebab  Hari Malaysia
Kakak pun balik walaupun baru jer hantar gi kolej pagi-pagi buta hari isnin tu...
Tapi kakak bukan makan petai pun...
Tapi kedai,pasar.balai polis,bomba,tentera...& banyak lagi la yang x cuti kan..



Sambal Bilis Tin dah selalu mak aku masak
Tapi Sambal Petai Bilis Tin ni rasanya x selalui
Sebab Petai bukan selalu ada...
Dah tu lak sekarang ni  petai bapak mahal do..
Camaner aku tahu..?
Hahaha...aku tahu la sebab aku yang selalu beli petai
Mak aku just tunggu dalam kereta
Aku ni ha...yang ekan turun beli petai...
Tapi aku ok jer..
Kalau hari cuti lagi aku ok sebab kalau cuti aku akan makan petai
Kalau haris ekolah aku xmo makan petai la walaupun STINK BEAN IS MY FAVOURITE...


Ni sebab mak aku masak Hari Sabtu..
esok tu Ahad pun cuti...
Haaa...memang aku belasah cukup-cukup la..
Petai tu MEMANG SEDAP kannn...
Rugi ar kalau x makan....
Dah tu kalau makan...
xkan nak makan sikit sebab kalau makan 1 pun bau dia sama gak kan....
Baiklah aku makan puas-puas...
Hahahaha...


Mak aku masak ngan Bilis Tin




SAMBAL PETAI BILIS TIN
1 tin bilis dalam sos cili (brand REX)
3 papan petai- potong tepi-
x perlu buang kulit - tepinya dan setiap bijinya potong dua
1 asam keping yang kecil
1/2 sudu teh garam
10 cili padi hijau
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Potong tepi kulit petai dan hiris etiap biji petai menjadi dua
2. Panaskan 2 sudu minyak  dan  tumis bahan blend hingg naik minyak
3. Masukkan asam keping dan garam
4. Tambah bilis tin dan kacau rata
5. Tambah petai
6. Bila nampak pekat tambahkan cili padi yang dipatah-patahkan
5. Sesuaikan rasa sebelum diangkat


Panas minyak dan tumis bahan blend..


Masukkan asam keping dan masak hingga naik minyak


Bilis Tin...Bilis dalam sos cili..Sambal Bilis Tin..


Bila cili dah naik minyak..masukkan Bilis Tin


Kacau sebati..
Hanya perlu tambah sikit jer garam..
Gula x perlu sebab Bilis Tin agak manis


Masukkan petai


Masak sekejap hingga kulitbpetai berubah warma sahaja..Anggaran 2 minit shaja supaya isi petai kekal rangup


Tambahkan cili padi


Kacau rata dan sesuaikan rasa...
Siap


Selain Sambal Petai Bilis Tin...
Mak aku buatkan Ayam Goreng Tepung
Mmmm....rangup diluar...juicy dalamnya..
Yummy My Tummy..
Hahahaha...


Baki petainlagi 2 papan mak aku cakap nanti nak masak Nasi Goreng Petai..
Petai ni mak aku yang beli..
Mak aku cakao beli kat tepi jalan dekat car wash..
Selalu aku yang jadi tukamg beli petai...
Tapi hari Sabtu aku kan masih membuta masa mak aku gi car wash hari Sabtu tu..
Tapi masa mak aku balik aku dah bangaun...
Yezzzz.....esok Ahad...
Masih boleh makan petai...


Xde sayur.sayur bagai hari ni
Juz Ulam Salad jerk...

No comments:

Post a Comment