Monday 4 September 2017

RAYA HAJI 2017- HARI KE2...LEMBU QURBAN

Di Masjid Sultanah Haminah...
Hari Sabtu punya cerita....
Hari ke-2 Aidil Adha....
Giliran qurban pun tiba....
Ini lembu yang ke-3...
Lembu pertama dan ke-2 orang lain punya...
Yang ke-3 ni pun bukan semua..
2 bahagian sahaja...
Satu mak aku...satu lagi Achik punya...
Lagi 5...orang lain punya..
Sebab kalau unta ..kerbau.  dan. lembu boleh kongsi 7 orang
Kalau kambing Dan kibas seekor untuk seorang sahaja
Kalau x salah aku la..
Ustazah cakap bab urban nanti belajar tingkatan 4 Dan 5


Mak aku citer..lembu yang sedan disembelih tu la yang ada bahagian kitorang..
Keluarga Achik Dan keluarga kitorang
Sebelum disembelih lembu ni dimandikan
Kemudian lembu ni di ikat kakinya dan diurut- urut supaya lembu tu tenang
Pastu ramai- ramai bertakbir
Macam takbir raya tu...
Pastu sesiapa yang bust urban tu akan niat semasa lembu tu sedang disembelih..
Camaner niat nya...?
Jap...nak tanya mak aku..
Aku x tahu....
Mak aku cakap...
"Dengan nama Allah...Ya Allah, terimalah ini qurbanku & Ahli keluargaku.."
Sebenarnya aku x berani pun nak tengok..
Achik pun cakap x berani nak tengok dekat- dekat....Pakcik berani la sebab lelaki..
Tapi mak pompuan..heee
Mak aku cakap memang kasihan tengok lembu tu kena qurban...
Tapi bila ramai- ramai orang takbir..
Mak aku cakap lembu tu macam faham..
Pasrah..!
Mmm...Achik cakap lembu- lembu tu beruntung kerana lembu qurban akan masuk syurga...
Kita yang hidup ni  belum tentu...
Alamak..
insap dan takutnya.....!!!


Ni juru sembelih.
Nampak kemas & bersih orangya..
Selama ni aku bayangkan juru sembelih ni mesti nampak garang..
Kalau macam ni.....lembu yang tengok tu pun rasa tenang..sebab nampak juru sembelih tu orang beriman..
Bukan seperti yang AKU bayangkan...
Yer la kan...INI bukan sembelih jual kat pasar...
Qurban bukan sembarangan..
Masa sekolah rendah lagi...ustazah ada citer kisah asalnya qurban...iaitu Allah mahu menguji keimanan  Nabi Ibrahim dengan memerintah supaya mengorbankan puteranya Nabi Ismail.
Bayangkan kisah Nabi Ibrahim diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail..
Kerana taat perintah Allah..akhirnya Allah gantikan dengan seekor kibas


3 ekor lembu dah selamat diqurban
Ada 4 lagi menanti giliran...
Pakcik cakap dorang bagitau hair in hanya 4 ekor akan diqurbankan..
Selebihnya esok & lusa..


Naper lembu yang ni kat luar kandang..?


Lembu ni terselamat dari qurban tahun ni sebab kakinya cedera..
Nak buat qurban kena lembu yang sihat sempurna..
Mungkin day tertulis belum ajalnya  lagi..
Kerana ajal maut hanya Allah yang tahu...


Kulit lembu...
Lembu yang Sudan disembelih akan dilapah kulitnya..
Sebenarnya ada banyan pic proses menyembelih lembu tu..
Melapah kulit dan banyak pic lagi..
Tapi Achik dah pesan JANGAN diviralkan sembarangan...
Takut disalah tafsir Dan menjadi fit ah..
So..hanya pic yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Film jer...heee


Kerja- kerja membersihkan


Ni la rupa organ dalam lembu..
Hati..jantung..paru..limpa..
Yang dalam citer DoReMi canal makan hati berulam jantung..
APA maksud " makan hati berulam jantung?"
Maksudnya memendam perasaan sedih kerana perbuatan seseorang..
Haa...kebetulan AKU baru jer baca citer Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck..
Kisah Zainuddin yang makan hati berulam jantung kerana x dapat berkahwin dengan Hayati..
Aku nak sangat beli novel tu..tapi x tahu kat mana nak beli..
X puas baca novel pinjam...
AKU nak memeliki novel tu..
Walaupun banyak bahasa Minang yang aku x faham..
Tapi aku x jemu- jemu..
Tolongggg....AKU nak sangat beli novel tu...


Lembu yang dah dilapah kulitnya dibawa ketempat khas untuk dilapah lagi dan dibahagaikan kepada 7 bahagian


Semua bahagian lembu tu dibahagikan kepada 7 bahagian...
Dagingnya...tulangnya...organnya...



Pastu bawa balik umah Achik...
Nenek canal kalau kat kampung nenek orang selalu masak dan jemput jiran- jiran makan..
Nenek pun ada back cadangan balik masak kat kampung jemput jiran- jiran makan tapi akhirnya semua deside untuk  bagi daging mentah sahaja supaya orang yang dapat boleh masak sendiri.
Achik canal lagipun sekarang banyak kenduri qurban...
So, kalau bagi daging mentah..
Dorang boleh simpan untuk masak hari lain.


Tulang- tulang..
Rupanya tulang ada macam- macam
Tulang gear box..
Tulang rangka
Tulang belakang


 Ni perut lembu..
Pun ada macam- macam
Perut Panjang
Perut Bulat
Perut Tebal
Perut Tuala
Perut Kitab pun ada..
Huh...baru aku tahu..
Selama ni x amik pot pun..
AKU tahu dating urban jer.....


 Organ lembu..
Paru...limpa...hati...jantung...bush pinggang..
Lidah lembu..hidung lembu..
T*#%r lembu pun ado.....!


Daging Harimau Menangis..
Pakcik yang bagitahu nama daging ni macam tu..
Tanjat gugirl...ingatkan ini daging harimau
Naper nama dia camtu...???
Pakcik cakap nama daging ni  Daging Harimau Menangis sebab daging ni sedap dan berlemak
Tapi harimau susah nak dapatkan daging ni sebab daging ni bahagian dada lembu di celah pehanya & harimau memang susah nak dapatkannya..sebab harimau kan mana ada tangan..
Pakcik kata dah la bahagian tu paling sedap..
Harimau tu lak xdapat nak gigit.
Sebab tu la Harimau Menangis..
Hahahaha....kelakar ar...


Sambil pakcik potong Dan timbang facing
Sambil pakcik citer bahagian- bahagian saving
Ada Daging Batang Pinang
Daging Pejal
Daging Lemak
Apa lagi ntah...AKU dah x hengat


 Pakcik memang cekap bab- bab berkaitan daging
JANGAN x tahu...pakcik juga pernah sembelih lembu...
Haaa....jangan main- main yer..
AKU ni Anak sedaranya...!!
Ops...sorry Haikal & Aqil..!
Hahaha...


 Pakcik yang uruskan timbang Dan packing daging tu
Pakcik bagitahu kita hanya boleh ambil 1/3 bahagian sahaja untuk makan sendiri..
Selebihnya kena sedekah pada fakir miskin..
Kena hadiahkan pada sedara Mara..jiran tetangga dan mereka yang sepatutnya..
Ada banyan la yang Achik & Pakcik terangkan..
Tapi lagi banyan yang aku x ingat
Haa....nampak sangat AKU x study...
OK..OK...bab no nanti study until SPM...
heeee...


Facing fresh.
Mak AKU cakap daging urban lagi sedap
x sama daging sembelih biasa
Aku x faham sangat APA yang MAK AKU cakap tu


Daging yang dash siap packed by pokcik
Ready untuk diagihkan
Kalau tahun- tahun lepas kat kampung nenek
Aku ngan Haikal la akan hangar kat Rumah jenjiran nenek


Kali ni sebab packing kat umah Achik..
AKU ngan Haikal selamatttt....
ACHIK..pakcik...MAK AKU ngan nenek yang hantar sendiri


Achik dash bust list
Yang Achik tick tu tugas mak aku ngan nenek akan hangar kat kampung nenek
Yang untick tu Achik ngan Pakcik akan hantar sebab tu kawan dan jiran Achik



Sebelum Achik gi kenduri
Achik dah siap masakkan Sup Gear Box
Sedappppppppp


Mak aku ngan nenek balik kampung hangar daging untuk list yang Dan tick tu
Selebihnya Achik ngan Pakcik hangar sambil makan kenduri qurban
Pakcik cakap jiran kat seberang jalan tu orang kaya....buat qurban 3 ekor lembu..
Macam- macam menu daging lembu..
Tapi itu jiran Achik Dan pakcik...
Mana boleh gi makan sesuka hati..
Hahaha...so makan jer  lah Sup Gear Box yang Achik masak...
Huh....panjang diary hari ni..
Tadi dah tulis sikit..
Pastu sambung...stop...sambung....save...
sambung....stop...sambung...baru siap..
Ops....today is last day Tashriq...

2 comments:

  1. Mak Dik Cella ngan Achik buat korban ye...seronokkan buat agihan daging korban....

    ReplyDelete
  2. Yer...Achik yang tolong booking..
    Achik kata booking dari raya puasa...hahaha

    ReplyDelete