Tuesday 19 September 2017

MEE KERING KASAR vs YEE MEE GORENG

Mee Kering Kasar
Kenapa kasar..?
Mmmm...mak aku cakap mee ni versi kasar
Kasar tu antonim kepada Halus..

Haa...betul lah..
Mee ni kasar...
x halus macam mihun
Lebih besar dan tebal dari mee kuning & mee kering yang mak aku selalu masak
Sebenarnya ni Mee yang mak aku masak untuk sarapan kat umah baru masa balik raya Haji hari tu
Tapi baru hari ni citer sebab pagi tadi mak aku ada masak Yee Mee Goreng untuk  bekal
Jadi boleh la citer bersama Yee Mee
Kira ada la kawan..
Kikikikiki...

Ni la Pack Mee Kering Kasar tu..
Pack dia kat atas tu warna hijau...

MEE KERING KASAR GORENG
10 keping mee kering kasar
10 batang sosej( boleh ganti ayam @ daging)
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang


Bahan Blend:
5-10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rebus/celur mee kering dalam air panas lebih kurang 2 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan sosej yang sudah direbus.Jika guna daging... rebus dulu dan dagingnya dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direbus sekejap tadi dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Siap....
Rupa mee dia lebih tebal la..
Kiranya ni kalau PASTA kira versi FETUCCINI la
Mmm aku suka mee tebal ni



Ni pun masak sama juga masa masak Mee Kering Kasar tu
Sebabnya Mee Kering Kasar tu over pedas
Takut Aqil x boleh makan sebab pedas sangat
Sebab nenek dah call Aqil soh datang makan mee ni
Mak aku goreng Mee Kering  biasa untuk Aqil...extra sosej untuk Aqil

Haaa...yang untuk Aqil tu mak aku guna Mee Kering ni
Pack ni hampir sama tapi warna Kuning Merah...
Mee dia x kasar sangat tapi bukan la halus cam mihun..
Kalau halus sangat dah macam PASTA versi ANGLE HAIR  ..
Yang ni sedang- sedang...
Kiranya kalau PASTA tu versi VERMICELLI la...
Cara masak Mee Kering versi ni boleh tengok KAT SINI...


Ni lak Mee Kering juga tapi dia tulis kat pack tu
Non Fried Noodle..
Yang ni pun agak kasar macam versi SPAGHETTI la....
Versi  ni ada masak  KAT SINI...

Ni la Non Fried Noodle tu
Mmm...aku  lagi suka Mee Kering Kasar & Yee Mee la
Sebab yang ni mak aku cakap lagi sesuai kalau buat Mee Sup kot
Walaupun nama dia non fried...tapi kat situ mak aku goreng kugak..
Hahaha




Haaa...Ni baru hari ni nyer
Yee Mee Goreng untuk bekal aku ke sekolah
Tapi naper ada 3 bekas
Heeee....yang purple tu aku nyer bekal
Yang  lagi 2 tu mak aku nyer
Kata mak aku nak bagi kawan


Ni la Yee Mee yang belum masak

Bekal aku
Bekal mak aku
Takde step by step sebab mak aku cakap rushing
Plan nak bawa karipap frozen jer
Tapi termasak Yee Mee Goreng
Kerana Kita Hanya Merancang,Allah Yangn Tentukan
Heeeeee...
Tapi mak aku dah pernah masak & ada step by step YEE MEE GORENG kat sini...
Hari ni Selasa....bawa bekal Yee Mee Goreng...
Tak tahulah kebetulan ke apa sebab kat situ pun masak untuk BEKAL HARI SELASA juga..
Hahahaha

No comments:

Post a Comment