Sunday 10 September 2017

KELADI MASAK LEMAK KUNING

Sayur Keladi Masak Lemak Kuning..
Bukan hari ni nyer
Ni minggu lepas...
Masa balik untuk Raya Haji..
Mak aku masak kat umah baru kitorang tu..


Haaa....
Guna Periuk Vision yang Achik hadiahkan...
Achik hadiahkan 3 buah Periuk Vision kaca tu...sempena duduk rumah baru..TQ achik !!
Mak aku yang masak Sayur Keladi Masak Lemak Kuning ni..
Hari Khamis...
Nenek Puasa Sunat Arafah hari tu..
Tapi aku x puasa sebab ABC...


Haaa...ni lak Periuk Aluminium yang nenek hadiahkan...
Haaa...sebenarnya nenek cakap nenek bawa periuk tu dari kampung..
Nenek kata x suka masak ngan Periuk Vision sebab nenek kata masak dalam periuk vision kalau kuah dah mendidih..tutup api pun kuah tetap mendidih xnak benti..
Hahahaha....


Kat sebelah tu mak aku masak Bubur Kacang untuk nenek Iftar...
Sebelah nya plak..
Sayur Keladi sedang direbus oleh my mom...
Ops...mak aku cakap bukan rebus..
Just CELUR...
Celur tu maksudnya rebus sekejap sahaja..
Sekadar setengah masak
Kalau rebus,masak lama hingga empuk..
Nenek yang suruh celur dulu keladi tu supaya keladi tu x gatal...
Yang ni bukan UBI KELADI..
Tapi ini ialah BATANG KELADI...
Mmmm...tapi sayang xde pic Pokok Keladi la...
Nenek kata  kat umah baru susah nak tanam keladi sebab pokok keladi kena tanam tempat yang lembab seperti tepi parit
Lagi satu nanti kalau dia dah membiak...
Mmm...jadi hutan keladi..
Haaa...mau kena saman ngan DBKL sebab nyamuk membiak...
Oit...DBKL tu kat KL
Hahaha...

KELADI MASAK LEMAK KUNING
5 pelepah batang keladi + ubinya
1 kotak santan
2 ekor ikan kembung rebus- ambil isi sahaja
2 asam keping
1 sudu teh garam
¼ sudu gula

Bahan Tumbuk
5 cili padi
½ bawang besar
1 ketul kecil kunyit

1. Siat kulit pelepah keladi dan potong- potong
2. Masukkan keladi dalam periuk bersama air dan 1 asam keping dan celur hingga keladi ½ masak..Toskan dan basuh
3. Masukkan bahan tumbuk dan keladi serta ubinya  yang sudah dicelur bersama santan.Jika agak pekat tambah sedikit sahaja air kerana nantinkeladi juga akanengeluarkan air
4. Tambah garam,gula , asam keping dan isi ikan rebus.
5. Masak hingga mendidih dan keladi lembut dan empuk
6. Sesuaikan rasanya.



Selain Keladi Masak Lemak Kuning..
Nenek juga masak Kari Ikan Tenggiri..
Jangan x tahu...
Kari ni nenek cakap guna REMPAH GILING..
Huh...patut la sedappppp baq hang...!!

No comments:

Post a Comment