Tuesday 12 September 2017

AKAR KELAPA @ AKAQ NYOQ

Akar Kelapa @ Akaq Nyoq
Akar kelapa aku yang pam=nggil
Akar Nyoq tu mak aku cakap panggilan orang Kedah

Mak aku dah beberapa kali dah buat Akaq nyok nyoq ni
Kata mak aku ni kudapan atau macam junk food  la
Tiap kali buat an makan Akaq nyoq ni mak aku mesti citer ni lah makanan nostalgia zaman kanak-kanak..\Emmm...walaupun ni Redho jerlah..
Dengar jer lah..heheheh



2 Balang akaq Nyoq yang dah siap mak aku buat hari Ahad..
Kaka la suka sangat Akaq nyoq ni
Hari tu masa balik kampung raya Haji kaka bantai makan kat umah Achik habis 1 balang
Pakcik yang beli
Kakak sipa request kat Pakcik soh beli lagi nak bawa balik KL
Pakcik kata sebab kakak lambat cakap ,x sempat Pakcik nak gi beli
Sebab xde jual kat kedapakcik kata kena order dulu
Tapi pakcik kata nanti lepas Raya haji Pakcik nak beli lagi
Achik selalu upload pic kuih ni kalau gi kenduri
Kat Kedah kuih ni selalu masukkan dalam gudies kalau Majlis Kahwin
Best sangat kalau time cuti balik Kedah dapat ikut achik & Pakcik gi Kenduru Kahwin
Makanan kat kenduri dah macam kat Pasar Malam
Bukan nasi ngan lauk jer
Ada Apam balik...Laksa..Bihun  sup..Cucur Udang..Bubur..Rojak..Roti Arab..Roti Canai..Ayam panggang..Ayam Goreng..
Air minuman pun macam kat Pasar Malam...macam-macam
Kat KL aku pernah juga ikut mak aku gi Kendudri kahwin tapi makanan x la meriah macam Pasar Malam
Atau mungkin yang makanan meriah tu aku yang x dijemput...hahahaha



Beberapa hari lepas Achik hantar pic ni dalam Group Family whatsApp
Achik kata pakcik dah beli Akaq Nyoq tu nak pos kat kakak
Yer lah...kakak kan anak sedra kesayangan Pokcik..hihihi
Tapi Achik kata xde rezeki kakak sebab kuih Akaq Nyoq tu dah dicakar dan dimakan kucing..
Mmmm...rezeki kucing la rupanya...



Balang untuk kaka bawa balik kolej


AKAQ NYOQ
 1 1/2  cawan tepung gandum-
½ cawan air
½ sudu teh garam halus
secubit soda bikarbonat( optional)
Minyak untuk goreng

Sira:
½ cawan gula
¼ cawan air

** resepi kali ini cuma digandakan supaya dapat hasil 2 balang


1, Campur tepung,garam,dan soda.Uli dengan cara masukkan air sikit demi sikit.Adunan mesti keras.


2. Adunan yang siap di uli...



3, Bahagikan beberapa bahagian supaya senang dicanai



4. Ambil seketul adunan dan gelek nipis anggaran 1/2 cm.Jika melekat.taburkan sikit tepung


5. Gunting kepada beberapa bahagian supaya senang nak gunting


6. Gunting kepingan tadi menjadi jejari   agak-agak sepanjang 2 ruas jari @ 5 cm


7. Goreng guntingan jejari tadi dalam minyak  yang banyak


8. goreng dengan api sederhana supaya rangup . Bila semakin garing,buih mendidih minyak semakin perlahan



8. Bila nampak light brown,angkat dan toskan


9. Biarkan gorengan sejuk sedikit sebelum disira

CARA SIRA:
1. Masukkan air dan gula dalam kuali yang besar


2. Masak hingga gula cair. Masa ni buih-buih banyak



3. Bila semakin pekat,buih mendidih semakin nampak berat..MAsak hingga air gula nampak pekat bila diangkat dengan sudip


4. Masukkan jejari yang sudah digoreng tadi




5, SEGERA MATIKAN API..Terus kacau tanpa api.Mula-mula memang nampak melekit


6. Terus mengacau tanpa henti. dan TANPA API...

7. Dengan sendiri gula akan melekat dan menjadi keputihan serta kering berderai


8. Biarkan sejuk suhu bilik sebeluk dimakan atau disimpan dalam balang


Dah siap



Balang besar untuk kakak bawa balik kolej
Balang kecik tu pun kakak juga yang makan..
Hahaha..
Itulah ceritanya Akaq Nyoq...a.k.a Akar Kelapa

*** Kalau Google...Kuih Akar Kelapa....akan kuar Kuih Akar Kelapa versi Indon ...ala-ala maruku manis
       Juga akan kuar RESEPI AKAQ NYOQ NOSTALGIA
       Haaa... setakat ni Akaq Nyoq tu kuar entri blog ni  la..
      Tak tahu lah lepas-lepas ni akan kuar yang lain..
     
Dah pernah tulis dah pasal citer ni dalam entri RESEPI AKAQ NYOQ NOSTALGIA kat sini...

No comments:

Post a Comment