Saturday, 5 August 2017

YEE MEE GORENG

Yee Mee Goreng...
Mak aku cakap sedap
Rasa macam Mee Kolok..
Cuma xde sup la plak


Walaupun nampak mee budus jerk ..
Tapi menang sedappppp...
Mee dia kenyal...
Makin makan makin sedap...
Huhuhu...
Tapi dah habis...



So, layan pic jer lah dari folder mak aku
Mmmm...xper
Mak aku janji nanti nak buat lagi...
Heee...nak bawa bekal sekolah lah..
Sebab sedap
Mezti bff aku suka ni
Heeee


Selalu makan Yee Mee ni
Versi Sizzling Mee..
Macam Bulan Puasa baru ni mak aku ada masak
SIZLING MEE UNTUK IFTAR kat sini.....
Pun sedap..

YEE MEE GORENG
2 ketul Yee Mee
1 keping dada ayam
2 pokok sawi
1 cawan kobis hiris
2 sudu minyak
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram

Bahan tumbuk:
2 cili merah( boleh ganti 1 sudu cili kisar)
½ bawang besar




1. Yee Mee

2. Masak air hingga me didih dan celur yee mee seminit sahaja.Bila nampak boleh lerai sahaja terus matikan api


3. Tuang dalam tapis dan toskan


4.Panaskan minyak dan tumis isi ayam


5. Bila ayam masak baru masukkan bahan tumbuk / cili kisar


6. masak sampai naik minyak  Masukkan juga sos tiran



7. Masukkan Yee Mee dan  gaul rata..
    Renjislan kicap manis sambil digaul


8. Masukkan sayur- sayuran dan sesuaikan rasanya...Siap

No comments:

Post a Comment