Tuesday, 1 August 2017

RESEPI BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN CAWAN


Bubur Asyura Kedah...a.k.a Bubur Asyura Utara
Setiap tahun mak aku akan masak Bubur Asyura ni
Tapi setiap tahun mak aku hanya akan masak Bubur Asyura ni dalam Bulan Muharram jer..
Dah banyak kali pun tulis entri pasal Bubur Asyura Utara ni..
Tapi mak aku cakap 10x buat pun akan ada 10 rasa berbeza sebab mak aku kata bubur asyura ni boleh campur apa saja yang sesuai dan kita suka..
Aku baru semak list..
Jumpa 3 entri pasal Bubur Asyura yang mak aku buat pada tahun-tahun lepas..
Tapi semuanya dibuat dalam Bulan Muharram...
Ada sebabnya hanya dibuat dlam Bulan Muharram...
Boleh baca info dan resepinya di..

BUBUR ASYURA 2013

BUBUR ASYURA 2015

BUBUR ASYURA 2016

Ni Bubur Asyura yang mak aku masak hari Sabtu 29 Julai = 6 Zulkaedah 1438..
Ala...aku bukan hafal pun...aku tengok kalender la...hahahaha..
Ni baru Zulkaedah...
Pasni Zulhijjah
Pastu baru Muharram
Tapi kenapa kali ni mak aku masak Bubur Asyura dalam Bulan Zulkaedah..???


Mak aku masak banyak lak tu Bubur Asyura ni...
Ada 5 bekas
Kata mak aku...
Mak aku masak Bubur Asyura ni ada BFF mak aku dari Salak Tinggi, Sepang   request nak maakan Bubur Asyura Kedah..
Mak aku cakap BFF mak aku tu dah seminggu W/A teringin nak makan Bubur Asyura Kedah..
Tapi sebab kawan tu x pernah masak Bubur Asyura ni ..
Maka ...minta tolong mak aku masakkan..


Makanya pada subuh hari Sabtu...
Mak aku dengan gigihnya masakkan Bubur Asyura ni
Mak aku cakap nak masak Bubur Asyura kena gigih sebab kena buat banyak persiapan awal macam nak kenduri kawin..
hahahaha.....lawks arrr
Eh...tapi betul la...
Jom layannn catatan mak aku...

BUBUR ASYURA KEDAH...versi mak aku
1cawan beras- rendam semalaman dan blend dengan 1 cawan air hingga halus
3 cawan tepung beras cap Teratai
1 kg santan pekat + air supaya jadi 15 cawan santan
5 keping gula kelantan ( boleh ganti 1/2kg gula pasir /Gula Melaka atau gula merah)
2 sudu teh garam halus
1 cawan kacang hijau- rendam & rebus empuk
1 cawan kacang tanah putih- rendam & rebus
1 tongkol jagung
5 biji pisang - pilih yang x terlalu masak
1 ketul ubi kayu- potong besar-besar dan rebus empuk
2 ketul ubi keledek oren-potongn besar dan rebus empuk
1 keledek purple- tak perlu rebus

1. Siapkan bahan-bahan :
    - Beras perlu rendam semalamn atau beberapa jam supaya senang nak blend
2. Blend beras yang sudah direndam dengan 1 cawan air

*** Boleh saja guna tepung beras sahaja 
   Beras digunakan supya hasil lebih baik dan berbau harum seperti tepung beras yang ditumbuk cara tradisi. 
   JIKA guna tepung sahaja ratio  1:4
   Iaitu 1 cawan tepung beras : 4 cawan santan
   JIKA  guna beras pun sama....1:4
   Iaitu  1 cwan beras : 4 cecair 
 (1cawan air guna untuk kisar beras dan lagi 3 cawan ialah santan supya jadi 1:4)

3. Rebus bahan yang perlu rebus..Rebus berasingan setiap bahan yang kena rebus)
   Toskan bahan rebus supay rtio cecair tepat

4. Bancuh beras kisar, tepung beras,santan,garam dan kacau rata suopaya tidak bergentel.

5. Letak atas dapur dan kacau tanpa henti hingga  pekat dan meletup-letup..
    ** Jika bubur terus pekat tanpa ada tetupan kecil tu tandanya adunan keras..
        Tapi jika ratio cecair betul..memang akan beraku letupan kecil macam lumpur gunung 
        berapi


6. Bila sudah meletup-letup baru ditambah gula dan kacau lagi ..
    *** Bila gula cair adunan bubur akan kembali cair...
           JANGAN RISAU...nanti bila lama dimasak akan pekat semula)

7. Agak-agak 5 minit selepas tambah gula,baru masukkan jagung dan pisang
   ** Ini jika guna pisanng yang masak keras..
       Kalau pisang masak lembik tambah pisang akhir sekali

8. Masukkan pula kekacang yang direbus dan terus kacau hingga letupan-letupan kecil dalam kuali tu semakin perlahan dan adunan semakin kental
**** Anggaran masa mengacau dari adunan mula diletak atas dapur hingga masak untuk sukatan ini lebih kurangn 1jam setengah..

Jika bubur tidak dimasak dengan lama nanti bila sejuk bubur akan melekat pada loyang dan melekit serta x cantik
Bubur yang betu-betul masak akan berkilat dan bila sejuk akan lekang dari loyang.

JIKA X FAHAM..
RUJUK PIC STEP BY STEP KAT BAWAH 



Siapkan bahan-bahan


BAhan yang perlu rebus...Rebuskan berasingan baru ditoskan


Yang putih tu beras yang dikisar dengan 1 cawan air

** Keledek purple x perlu rebus kerana keledek purple cepat empuk dan kalau renus nanti warna purplenya akan menjadikan semua bubur jadi warna purple..




Kacang hijau rebus


Kacang tanah putih tanpa kulit ini juga direbus
Kalau guna kacang tanah biasa berkulit...boleh rebus...boleh juga sangai hingga rangup dan wangi sebelum diramas dan buang kulitnya...



Bancuh beras kisar....tepung beras,santan,,,garam hingga sebati


Keledek purple boleh terus masuk  dalam bancuhan sebelum kacau atas api kerana keledek purple ni belum direbus


Kacau hingga pekat dan meletup-letup...Masa ni bau dia memang lemak macam kuih tepung bungkus



Masukkan gula pilihan...
Boleh guna gula pasir- hasilnya akan jadi bubur yang putih susu

Boleh guna gula pasir- Jika dikacau dalam KAWAH hasilnya akan jadi warna 
purple gelap kesan kawah. ( Warna gelap asli yang ori tradisional)

Boleh guna gula pasir+ gula perang ikut sesuai manis - hasilnya bubur akan sedikit gelap

Boleh guna gula merah(gula perang) sepenuhnya- hasilnya bubur akan bewarna gelap seakan dodol

Boleh guna gula melaka/Gula Kelantan - Hasilnya cantik dan rasa lebih sedap berlemak

Masak sambil dikacau hingga gula larut


Bila gula larut bubur akan kembali cair...


Bila cair akan banyak letupan kecil macam lumpur gunung berapi..


Bila sudah agak pekat tambah pisang dan jagung mentah
** Guna pisang yang masih keras ..Kulitnya masih banyak warna hijau,,kuning sikit-sikit je)
Kalau guna pisang masak lembik...masukkan akhir nanti


MAsukkan pula kekacang yang sudah direbus..
Jika kacang tanah disangai rangup...pun masukkan waktu ni


Semakin lama dimasak dan dikacau bubur akan semakin kental seakan dodol ..
Masa ni bila kita kacau akan rasa berat sebab semakin kental
Terus kacau walaupun nampak sudah cukup kental kerana jika masak lebih lama hasilnya akan lebih memuaskan...cantik berkilat...mudah lekang bila sejuk dan tidak mudah basi
Untuk sukatan di atas anggaran masa mengacau bermula dari mula kacau atas dapur hingg masak lebih kurang 1 jam setengah..
Jika masak sikit-kurang sikit masa memasak
Jika masak banyak -masa memansak lebih panjang  


Selepas padam api...cepat-cepat cedok dan tuangkan dalam loyang atau bekas-bekas  sepatutnya
Kerana bubur ini cepa membeku..
Kalau lambat cedok nanti permukaan kuih x rata

Tetapi jika yang suka makan panas-panas boleh sahaja terus makan
Ada yang suka potong bila bubur sudah beku
Ada yang suka sejukkan dalam peti ais sebelum makan


Hasil bubur dari sukatan diatas..
Tupperware hijau dan biru tu mak aku bawa ke Salak Tinggi
Bekas yang dekat tupperware biru tu mak aku bagi pada mak Ismail
Hanya bekas jernih yang panjang tu jer simpan kat umah



Mak aku cakap..
Sisa-sisa kat kuali ni yang paling sedap..
Kata mak aku kalau nenek buat dolu-dolu mak aku ngan Achik ngan Pak Njang akan berebut kikis dengan sudu untuk makan..
hahahaha..
Aku...??
Aku x suka bubur ni
Heeee...
Mak aku ..nenek..Achik jer yang suka..heeeee


Kata mak aku lagi zaman dulu...
Bubur Asyura ahanya akan dimasak secara bergotong royong pada Bulan Muharram
Semua penduduk kampung akan free kan diri untuk sama-sama joint pada hari yang dipersetujui..
MAk aku cakap sekarang masih ada lagi tradisi tu di kampung nenek
Macam tahun lepas nenek cakap masak ramai-ramai kat rumah ketua kampung...sebab ada YB sponser..Hahaha....masak bubur pun YB sponser...
 Tapi kalau xde sponser  ...
Akan ada juga yang masak..
Tapi xde lagi habis sekampung joint
Kata mak aku nenek bagitau sekarang ni trend masak Bubur Asyura ni akan dimasak ikut kelompok
Macam kat erea umah nenek ada 10 rumah akan buat bersama..
Kelompok rumah lain akan buat dalam kelompok dorang

Syyyy...jangan x tahuuu...
Hari ni mak aku masak lagi Bubur Asyuura ni...
Seminggu 2x masak doh..
KAlah Bulan Muharram
Pasni la plak citer Bubur Asyura versi hari ni sebab belum transfer pic..
Huh...penat citer..
Penat copy paste...kikikiki....

No comments:

Post a Comment