Wednesday 23 August 2017

MEE KERING GORENG - BEKAL HARI NI

Mee Kering Goreng
Bekal hari ni...
Mmmm..lama jugak dah mak aku x masak Mee Kering Goreng ni...


Bekal aku ngan mak aku
Tupperware oren tu mak aku nyer
Tupperware Kuning tu aku nyer bekal..
Kena banyak sikit sebab hari ni Rabu ada kokurikulum...

Mak aku cakap telur rebus ada 2 biji ..
Sebiji tu mak aku beleh dua
Sebelah untuk kakak dan sebelah untuk mak aku
Sebiji lagi aku sorang..xde share...
Telur rebus  aku nyer ada dua belah..
Dua belah..?
Ada ke dua belah..?
Apa plak xde...kalau ada sebeleh..mestilah ada dua belah..
Tapi kan lebih baik cakap sebiji..?
Sebiji kalau telur tu whole...
Ini dibelah dua...jadi dua belah la..
Kikikiki.....

Cam biasa la....ini BUKAN AKU YANG MASAK....
Hahahaha...

MEE KERING GORENG
6 keping mee kering
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam-hiris
2 cendawan
1 cawan kobis hiris
1 pokok daun bawang
1 sudu sos tiram
1/2 sudu teh garam
2 sudu cili kisar
2 bawang putih
2 sudu minyak

1.Masak 1/2 periuk air untuk celur mee
 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & cili kisar
3. Bila cili naik minyak,baru masaukkan isi ayam,carrot dan cendawan
4. Sementara menumis,celur mee dalam air mendidih. Jangan sampai mee terlalu kembang..Agak-agak mee
    boleh lerai sahaja
5.Tambah sos tiram dan garam dalam bahan tumis
6. Tapis mee dan terus masukkan dalam tumisan sambal dalam kuali dan kacau rata
7. Sesuaikan rasa dan masukkan kobis.Kacau sekejap dan tutup api
8. Akhir sekali etelah tutup api baru masukkan daun bawang hiris


Mee Kering dan bahan-bahannya



Pic tengah tumis


Mee Kering tengah dicelur



Mee Kering dah siap masak


Ready to eat...
Tapi aku x sarapan kat umah..
Mak aku masukkan dalam plastik jer dan chopstick untuk aku sarapan kat kantin nanti
Yang dalam tupperware untuk rehat

No comments:

Post a Comment