Thursday, 31 August 2017

POHON UBI DI SUDUT PAGAR

Pohon  Ubi di Sudut Pagar..
Oh...Sudah semakin membesar...
Kerana dijaga bukan terbiar..
Walau dah petang kelihatan  segar...


Nasib baik nenek yang tanam
Kadang- kadang nenek siram
Kata nenek lagi 6 bulan..
Boleh la h kita rebus dan makan..


Dua bulan kami tinggalkan
Raya Puasa hingga Raya Haji
Nasib baik nenek jagakan
Haraplah penuh isi didalam bumi

 Ini pic bulan Jun hari tu
Sekarang dah hujung Ogos dah
Walaupun tanahnya nampak berbatu..
Pohon ubi berdiri megah

Oh..x sabar nak tunggu ubi
Ubi fresh mestilah sedap rasanya
Cicah sambal tumis...minum pulak kopi
Tapi nak tunggu...mmmm...lamanya...




Seronoknya sesekali bercuti
Nasib baik x jem di lebuhraya
Leka melihat pohon ubi
Xsedar hari sudah senja..

Hanya balik beberapa hari
Itupun sebab Raya Haji..
Nasib baik rezeki Sukan Sea
Hari Isnin diumumkan cutiiiiii....

Rasa best plak berpantun seloka
Walaupun bukan semua aku cipta
Serangkap dua aku boleh la...
Yang selebihnya minta bantuan ibunda

Oklah ....malam dah menjelma...
Lepas mandi...nak keluarkan seterika
Esok dah raya Aidiladha
Moh balik kampung ler kita..

Wednesday, 30 August 2017

TEMPE MASAK KICAP PEDAS

Tempe Masak Kicap Pedas
Sedap...
Tapi bukan lauk hari ni...
Ni lauk hari apa ntah...

Tempe Masak Kicap Pedas..
Opkos lauk fav kakak la..
Tak kira tempe masak apa pun. .
Kalau tempe goreng budus pun kakak boleh makan nasi ngan tempe budus tu + kicap jer..
Apa lagi Tempe Sambak & Tempe Kicap ni...
Mak aku cakap tempe gari ni sedap sebab ni tempe baru
Rupa kacang dia masih ada
Sebab tu bila goreng dia garing ...rangup dan sedap...

TEMPE MASAK KICAP PEDAS
2 bungkus tempe
Minyak untuk goreng
2 sudu cili blend
¼ cawan kicap manis
1 sudu teh air asam jawa
½ sudu teh garam
1 bawang besar
1 cili merah
1 pokok daun bawang
10 cili padi



1  Guna tempe yang baru menjadi supaya lebih sedap


2. Hiris tempe nipis- nipis


3. Goreng tempe hingga garing


4. Tinggalkan anggaran 2 sudu minyak lebihan goreng tempe dan tumis cili blend hingga garing


4. Masukkan kicap, air asam jawa,garam dan 2 sudu air


5. Bila nampak pekat, masukkan bawang hiris dan cili hiris


6. Sesuaikan rasa dahulu baru masukkan tempe goreng garing


7. Matikan api dan masukkan daun bawan hiris

8. Tambah cili padi hikau yang dipatahkan dan gaul rata..

Makan ngan nasinputih panas- panas..
Mmmm...dap mmm

Tuesday, 29 August 2017

LEPAT ROTI GARDENIA


Lepat Roti Gardenia...
Makan kuih pulak..
Dah banyak makan lauk jer..
Tapi bukan hari ni nyer..
Hari Ahad kot..aku pun dah lupa..malas nak check kat pic detail..
Sebab kalau check pun kuih ni dah habis pun
Hihihi..


Lepat Roti Gardenia dan Kopi O Panas
Haaa...kopi O mak aku..
Aku ngan kakak minum teh O


Lepat Roti Gardeni bau pandan
Rasa dia lemak manis
Mak aku cakao buat guna Roti Gardenia
Sebab tu nama dia Lepat Roti Gardenia..
Mak aku cakap kuih ni di ajar oleh mak Shafique Chu masa kitorang masih duduk quaters dolu..
Mmmm...pasal duduk quaters tu aku x ingat sangat pun sebab aku kecik sangat lagi..
Kata mak aku kalau guna banyak pandan lagi harum..
Tapi sebab kat umah aku xde pokok pandan..
Mak aku cakap ada 2 helai jer daun pandan dalam peti ais

LEPAT ROTI GARDENIA
10 slice roti Gardenia
4 biji telur
1 kotak santan( 1 cawan santan pekat)
½ cawan air pandan pekat
¼ sudu teh pewarna hijau
4 sudu gula( ikut manis)
secubit garam
10 keping daun pisang
(di layur terlebih dahulu)

1. Pukul telur dengan gula dan sikit garam
2. Tambah santan,air pandan dan pewarna hijau
3. Potong kulit roti supaya nanti kuih nampak cantik
4. Celup roti dalam campuran telur dan bungkus dengan daun pisang seperti membungkus lepat
( lebih baik rendam roti dalam telur agak lama supaya roti lebih menyerap telur dan santan)
5. Bungkus hingga habis dan kukus hingga masak anggaran 20 minit
6. Biar  sejuk baru dihidangkan supaya bentuk kuih cantik


Telur dan santan..mak aku cakapbasal guna 2 biji jer..pastu x cukup sebab rendam roti lama sangat..pastu tambah jadi 4


 Telur dikacau bersama esen vanila sebab pandan x cukup.
 Tak guna esen pun xpe sebab mak aku cakap kalau pandan banyak dah wangi..ni


Celup roti yang dah dibuangbkeraknya
Boleh jer x buang kerak tapi nanti kuih kurang kemas...nanti tengok kuih kat bawah yang buang kerak vs x buang kerak


Kukus kuih hingga masak



Kuih akan lembik masa masih panas


Kuih akan cantik bila dah sejuk..
Ini mak aku cakap kuih yang guna roti yang dibuang kulitnya..


Kalau tidak dibuang kulit kuih nampak kurang kemas..
Aku suka kuih yang rotinya dibuang kulit..lebih comel .
Nanti nak suruh mak aku buat lagi

Monday, 28 August 2017

SAMBAL TAUHU + SARDIN

Sambal Tauhu + Sardin..
Lauk lunch semalam..
Semalam weekend...
Tapi mak aku xde masak special pun..
Special tu mean Nasi Beryani ke...Nasi Dagang ke..
hahahaa...



Mak aku cakap masak sardin pun kira makanan mewah ooo
Sebab sardin pun dah mahal..
Hahaha....saper nak jawab tu..
Bak kata Micheal Ong..
Redho jer lah


Semalam pagi untuk b/ fast mak aku buat Cekodok Pisang..
Bangun pagi tengok mak aku dah xde...dah kuar
Yang ada hanya Cekodok Pisang
Tengahari mak aku balik tapi xde bawa balik apa- apa pun..
Eh...ada...mak aku bawa balik satu bekas Nasi Lemak Lauk Ayam Rendang...
Mak aku cakap tu ada orang sponser sarapan..
Sorang sebekas..sebab tu ada satu jer
Aku makan nasi lemak yanv mak aku bawa balik tu..
Mak aku ngan kakak lunch Sambal Tauhu + Sardin

SAMBAL TAUHU + SARDIN
3 keping tauhu
1 tin kecik sardin
10 cili padi
1 asam keping
3 sudu minyak
garam & sikit gula

Bahan Blend:
10 cili kering
1 bawang besar

1. Tauhu dipotong & gaul garam kunyit dan goreng
2. Dal minyak yang sama tumis bahan blemd hingga naik minya
3. Masukkan asam,garam dan sikit gula
4. Masukan sardin dan tauhu goreng
5. Tambah cili pafi yang dipatahkan
6. Sesuaikan rasa dan siap


Mak aku la suka sangat Sambal Tauhu + Sardin ni..
Kata mak aku nostalgia maknan kat asrama zaman sekolah..
Zaman dolu orang makan sambal tauhu ker kat asrama...?
Haaa...tu kena tanya mak aku..
Aku x pernah dok asrama...



Selain Sambal Tauhu+ Sardin tu..
Mak aku juga masak Telur Dadar Garing Rangup..
Haaa...aku memang suka Telur Dadar Garing Rangup ni..
Haaa...bab nak masak telur dadar aku memang biasa
Tapi kalau Telur Dadar Garing Rangup ni aku x pandai..mesti kena mak aku juga buat..
Dah pernah tulis dan pic step by step serta tips
untuk TELUR DADAR RANGUP GARING kat sini.


Untuk Javanese kat umah ni mak aku gorengkan tempe..
Ala...kakak tu kalau ada tempe goreng xyah lauk lain pun dia boleh makan nasi cenggitu jer ngan tempe & kicap


Begitulah ceritanya......
Wassalamu....





Sunday, 27 August 2017

NABATI vs SUKAN SEA


Jom makan nabati...
Cheesy nabati...
Sedappppp....
Cheese Wafer...
Rangup...
Lembut...
Manis dan lemak cheese..


Macam- macam size..
Macam- macam packaging
Aku memang tengan hantu nabati sekarang ni..
Bukan aku jer tau..
Mak aku pu  sama...
Kakak..?
Ohhhh....kakak x gang..
Kakak x suka cheese...
Alhamdulillah...
Boleh makan puas- puas xyah rebut
Hahahaha...
Apa kaitan ngan Sukan SEA..??


Sekarang memang tengah Sukan SEA
Kaitannya ni haaa...
Malam tadi nyer game..
Bola Sepak..
Malaysia vs Indonesia..
So apa kaitan ngan nabati plak..



Kaitannya ....aku suka sangat nabati ni
Nabati yang sedap ni made in Indonesia...
Kat TV tu  bola sepak Sukan SEA
Malaysia vs Indonesia...!!


Jurulatih Malaysia x senang duduk..
Betul..... Ong Kim Swee x senang duduk..
Sebab dia memang x duduk..dia berdiri..
Hahaha....
Tapi masa ni masih 0-0



 Bukan Ong Kim Swee jer yang macam cacing kepanasan..
Tapi seluruh rakyat Malaysia pun macam tu
Sebab semua sedang mendoakan Malaysia dapat ke final..


Bila ada player Malaysia yang jatuh mesti la cuak ..




Makin lama makin rancak..
Macam juga makan nabati..
Makin makan...makin sedap..
Hahaha...


 Dan.......
Akhirnyaaaaa......!!!
N.Thanabalan  memberikan tandukan keramat yang mengubah kedudukan dan kemenangan kepada Malaysia dengan keputusan Malaysia 1- Indonesia 0
Cewwahhh...cam pengulas sukan jer..
Hihihihi...



 Padahal semua pic tu kat Astro Arena jer..
Hahahaha....


Pemain Malaysia sedang merayakan kemenangan...

Sebenarnya aku nak kaitkan Nabati ngan Sukan Sea...
Nabati made in Indonesia
Dimakan oleh aku dari Malaysia
Bola Malaysia vs Indonesia
Malaysia layak ke final...
Apa yang aku nak kaitakan..
Kaitannya ialah....
Aku tengah praktik karangan berbentuk fakta..
Bagaimana Sukan Mampu Mengeratkan Perpaduan Antara Kaum dan Antara Negara..
Haaa...kalau antara kaum memang kena lah dengan malam ni nyer game..
Jurulatih Cina
Penjaring India
Pemain lain Melayu...
Sama- sama memberi sokongan dan meraikan kemenangan walaupun berbeza kaum dan agama..
Kalau antara negara pula...
Sukan dapat mengeratkan hubungan melalui semangat kesukanan...
Semangat kesukanan tu macamana...
Haaa semangat kesukanan tu..
Memang setiap perlawanan semua nak menang
Tapi akan ada yang kalah dan akan ada yang menang..
Yang kalah kena terima dengan hati yang terbuka walaupun kecewa
Yang menang plak..?
Yang menang plak...jangan lah jangan sampai menyakiti hati pihak lawan..
Haaaaa...hebat x karangan fakta aku...???
Ops...dengan pesanan juga kepada Indonesi supaya menyokong Malaysia masa final Malaysia vs Thailand pada hari Selasa malam 29 Ogos nanti kerana perpatah ada menyatakan " di mana bumi dipijak,di situ langit di junjung..."
Aku juga akan menyokong Indonesia dalam perlawanan penentuan pingat gangsa Indonesia vs Mynmar..


Kerana aku suka nabati..!!!!!
Hahaha...ok x... karangan aku...
Untuk semua peserta semua negara...gud luck..
Ingat...Semua nak menang...
Tapi jangan  lupa semangat Kesukanan..!!



Saturday, 26 August 2017

RENDANG HIJAU AYAM,KETUPAT PALAS,KETUPAT ADABI..MACAM NAK RAYA

Rendang Hijau Ayam
Makan bersama Ketupat Palas dan Ketupat Adabi
Semalam nye...hari Jumaat
Untuk b/ fast pun makan ni
Untuk lunch pun makan ni
Heee...camaner Hari Jumaat boleh b/ fast & lunch kat umah..
Hehehehe...sebab aku x gi sekolah la...
Hahahaha....
Bukan aku sengaja xnak gi..
Tapi most of my classmate yang xnak gi
Dah janji semua xnak gi sebab dah tahu dah hari Jumaat lastday memang x belajar
Dah tu plak dari pukul 4 pagibhujan lebat
Memang sedap tidur arrr...
Hahahaha...


Tengah sedap layan tidur ada bunyi call kat h/ phone aku...
Tengok timer dah pukul 8.3O la
Rupanya mak aku yang call
Naper mak aku call..??
Mak aku suruh bangun..
Akubdah bangun..
Mak aku suruh gi dapur..
Makbaku bagi arahan by call jer do..!!!
Huh...aku jer arahan
Tengokbkat dapur dah ready b/ fast Rendang Ayam ngan Ketupat Palas


 Mak aku cakap tolong switch off rice cooker sebab tengah rebus ketupat adabi
Aik...bila lak mak aku rebus ketupat Adabi tu..
Haaa... mak aku cakap awal pagi tadi lagi mak aku rebus.
Kata mak aku pukul 5.30 pagi mak aku rebus ketupat Adabi sambil masak rendang..
Rendang dah siap..ketupat  Adabi  yang belum masak.
Camaner mak aku tahu ketupat tu dah masak..
Mak aku tengok cctv ker..
Hahaha...macam la umah aku ada cctv
Mmmm...mak aku cakap sebelum kuar rumah tadi mak aku dah isi air panas penuh- penuh rebus ketupat tu..
Pastu set alarm untuk call aku suruh switch off rice cooker & toskan ketupatnya..
Naper mak aku x suruh kakak...?
Haaaa...mak aku cakap dah berkali call kakak..
Dah berkali wasap kakak..
Kakak x jawab..
Sebab tu mak aku call aku
Mmm..kakak mana nak dengar...
Malam berjaga..
Siang membuter...
Sib baik aku dengar call mak aku tu
Kalau aku pun x dengar camaner..?
Haa...nampak x betapa pentingnya  aku..?
Kikikikiki......



 Ketupat palas ni mak aku dah rebus dari malam
Yang tu aku tahu la sebab sebelum tidur nampak maknakubrebus..
Kata mak aku ni ketupat frozen yang bawa balik masa raya puasa..
Ni dah nak raya Haji..
Dah 2 bulan dah..membeku di Kutub Utara..ha..
Mak aku cakap sebab tu kena rebus..
Sebab nanti balik Raya Haji mesti nenek akan bagi stok baru..
Kalau ada rezeki daging Qurban lagi...
Haaa...so..kena sediakan ruang dalam freezer tubsesiap...



 Rendang Ayam ni mak aku dah masak separuh masak masa malam..
Pagi sambing masak hingga siap
Mak aku cakap nak bagi mak Ismail sikit..
Bersama Ketupat Palas
Untuk balas bekas tupprware yang dah bersusun kat dapur tu..
Hahaha...tu la...
Mak Ismail selalu bagi macam- macam..
Jangan x tahu..
Mak aku cakap ayam ninpun mak Ismail yang bagi
Seekor ayam..
Sebab tu juga maknaku cakap masak rendang dan ketupat ni ..


Ni baki yang tinggal dalam kuali
Dah bawa dah bekas yang nak bagi mak Ismail
Sebab masa aku bangun
Mak aku dah gi kerja dah pun..
Tapi naper xde pic step by step..
Mak aku cakap x sempat nak snap bagai..
Ketupat Adabi pun ditinggalkan sendirian dalam rice cooker..
Hahaha...
Tapi xper....
Rendang Ayam Hijau ni mak aku dah selalu masak..
Dah ada resepi dan step by stepnya
 RENDANG HIJAU AYAM kat sini

RENDANG AYAM CILI PADI kat sini...

Banyak lah mak aku masak Rendang Ayam macam- macam versi kat dalam list AYAM & LAUK PAUK...

Ok...aku nak tengok Sukan Sea kat TV...
Semangat nih..!!!!