Wednesday 19 July 2017

POKOK-POKOK DI KAMPUNG NENEK....DULU DAN KINI..

Aku suka balik kampung..
Makan sedap..
Macam-macam ada
Buah-buahan...
Mak aku suka makan ulam yang banyak sekeliling rumah nenek
Balik Kampung Raya 2017 baru ni..
x sempat nak explore sangat sebab  duduk kampung kejap jer..
Banyak dok umah Achik & umah baru kitorang kat Pekan.....
Hari raya pertama jer betul-betul dok umah nenek..
Malam balik umah Achik @ umah baru
Pastu jhari raya ke-2 pun balik kejap jer
Nenek pun balik siang jer
Malam kat umah Achik sebab Achik dah x kasi nenek tidur kat kampung
Takut nanti kalau malam-malam nenek sakit ke apa ker susah..
Kalau balik kampung aku akan explore dekat-dekat jer ngan umah nenek sebab kalau tempat semak aku x berani..
Ni pun x banyak sangat pokok sempat snap
Sebab dok fokus pokok besar jer aku lupa nak snap pokok-pokok ulam fav mak aku tu..
Pokok Senerui,Tapak Itik,Gajus macam-macam lagi
Nanti lah balik lagi lain kali , kita snap khas pokok-pokok ulam jer kat kampung nenek..
Hari sajer nak buat bandingan jer pokok -pokok tu  ngan pic beberapa tahun lepas..
Antara yang sempat snap pic pokok balik raya baru ni ialah:


1. POKOK SENTUL KAMPUNG 


Ni Pokok Sentul 2013..
Suasana hijau sebab masa tu nenek tinggal kat kampung
Mas tu Pak Njang pun rajin nak jaga kampung dan kebun
Citer pasal pokok ni dah tulis MUSIM BUAH SENTUL



Pokok Sentul 2017..
Bawah pokok dah semak samun..
xde siapa nak mantain..
Nenek pun dah dok ngan Achik...
Tapi Pokok Sentul ni masih setia mengeluarkan buahnya..
Cuma kali ni nenek cakap banyak buah yang gugur sebelum masak sebab hari tu dah nak raya nenek racunkan rumput bawah pokok tu..
Effect juga kat pokok sentu
Bukan rumput bawah pokok tu jer yang kering
Buah Sentul pun habis gugur
Mak aku cakap sekarang dah x banyak dah pokok Sentul ni..
Tak tau la kat SENTUL KL tu ada pokok Sentul ke x..




2. POKOK SENTUL SIAM/POKOK STEY


Pokok Sentul Siam/ Pokok Stey 2016
Pic tahun lepas...
Masa ni xde buah



Pokok Sentul Siam 2017
Pokok Sentul Siam a.k.a Pokok Stey
Dah makin semak bawah pokok tu



Tapi bagusnya ni masa Raya 2017 dia sedang berbuah
Dah hampir nak masak
Tapi sayang ,kami dah balik KL baru dia betul-betul masak



3. POKOK SALAK



Pokok Salak 2016..
Masih muda dan belum berbuah
Pun pic ni masa tulis..
KENALI TUMBUHAN DI KAMPUNG NENEK



Pokok Salak 2017
Dah mula berbuah
Dah boleh makan hasilnya dah pun..
Tapi nenek terpaksa pasang pagar jaring sampai tutup semua pokok tu sebab ada banyak kera liar dan
BA ALIF BA YA suka curi dan rosakkan buah yang belum masak
Kalau buah yang masak kera dan BA ALIF BA YA tu suka makan
Kalau buah yang belum masak sebab xsedap..
Dorang akan rosakkan..


4. POKOK BULUH MADU



Pokok Buluh Madu 2013
Masa ni  baru ada beberapa batang je buluhnya
Buluh tu pun kici-kici lagi
Hahaha
Citer pokok buluh ni masa tu tulis dah dalam entri...
KENALI TUMBUHAN DI KAMPUNG NENEK


Pokok Buluh Madu 2017..
Dah banyak buluhnya
Besar-besar
Dah ada rebung


Yang kuning oren kat pangkal pokok buluh tu buah sentul yang gugur tu
Sebab pokok buluh ni x jauh dari pokok sentul
Nampak x rebungnya..
Haaa...cari la..
Tu la yang hitam dekat buah sentul tu
Jap nak snap pic dekat sikit



Tu haaa....
Dah nam[ak yang gelap dan tajam tu..
rebung la tu..




5. POKOK PANDAN 



Pokok Pandan 2016 hijau dan segar serta subur
Sebab masa ni nenek banyak balik kampung
Nenek kata masa ni selalu juga nenek tidur kat ampung
We all pun masa ni kalu balik akan tidur kampung juga
KENALI TUMBUHAN DI KAMPUNG NENEK

Pandan 2017..
Dah x subur
Dah kontot dah..
Terbantut sebab pokok pandan nak banyak air
Sebab tu nenek tanam belakang dapur tepi bilik mandi
Tapi bila nenek xde kat kampung
x mandi sangat...
Keringlah kawasan pokok pandan tu
Sebab tu terbantut


6. POKOK PUTAT



Pokok Putat 2016
Lebat berbuah
Buah dia yang muda nenek selalu buat ulam
Pucuknya mak aku selalu petik buat kerabu

Pokok Putat 2017...
Baru berbunga




Yanga da buah tersesat pun sebiji jer
Pokok pun macam merajuk jer sebab nenek dah x peduli sangat kat dorang





Pokok Munggai..
balik hari tu cerah je..
Cuma ada rumput
Buah pun banyak bergayut

Pokok Munggai..
Penuh semak samun dah
Pun macam dah majuk jerk..


Pokok Ulam Raja
Nenek kata sentiasa ada
Sentiasa bersilih ganti
Mati pokok lama
Pokok baru akan tumbuh sebab biji benih dari pokok lama
Kalau tumbuhnya jarang pokoknya gemuk


Kalau dibiar tumbuh sendiri banyak-banyak
Pokoknya kurus-kurus
Sebab semua berebut nak hidup
Hahahaha

Pokok Rekup
Asal balik jer buah dia tengah berputik
Asal kotorang balik KL jer buah dia masak

Hmmmm..
Nenek cakap
Pokok ni pun dah tua
sebab tu buah dia dah x besar..
comel comel jer
Mak aku lak cakap ni pohon Nadir
Nadir tu maksudnya pokok yang semakin jarang dijumpai dan makin pupus

Pokok Mata Ayam
Tapi nenk kata ni Pokok Keriang apa ntah
Baru berbunga
Buahnya camaner??
Jap nakGoogle..

 Image result for buah mata ayam
Pinjam pic kat sini jap nak tengok  buah yang masak
Pinjam tau...
Dari   Blog Ni...
Sebab tu amik ngan watermark dia..
Bukan crop ...
Pastu ngaku sendiri punya
Macam beberapa pic makanan kat blog aku nih
Ada beberapa bloger yang amik pic pastu crop
Seronok la tu diatulis cakap dia punya..
Ada sorang tu memang bloger otai
Folowers punya ramai
Tapi selamber jer amik pic kat blog orang boh kat blog dia
Seronok lak tu citer konon dia masak
Banyak lagi pic lain pun dia rembat dari blog orang lain..
Pastu crop
Macam la orang x kenal
Mmmm...
Manusia kan ada macam-macam perangai
 


Lantak pi lah dah orang tu bahagia buat camtu kan..
Kiter citer semula pokok mata ayam ni
Bunganya lebat sangat
Nenek kata kalau dah jadi buah nanti buahnya warna merah
Bila masak warnanya hitam
Bila makan rasanya manis kelat

Pokok Terung Pipit
Nenek cakap ni Pokok Terung Belanda
Kalau Google ada yang panggil Terung Rimbang



Mak aku lak cakap kalau kat Indon panggil Buah Tekokak
Kalau x cayer...
Cer taip " buah tekokak" kat Google..
Haaa...bagi ilmu baru untuk yang x tahu lagi tu..
Nanti jangan lak bila gi Indon tengok menu sambal tekokak beria-ia balik citer kat orang kampung makan sambal tekokak..
Terbeliak orang ingatkan makan special al sangat
Halnyer Terung Pipit jer
Hahahaha




Ni Pokok Cekur tahun lepas
Bersih jer tanahnya
Cerah xde rumput

Raya baru ni
Pokok x terjaga
Dah penuh daun-daun pokok lain
Mak aku suka la Ulam Daun Cekur dan Ubi Cekur
Mak aku siap nyanyi lagu rakyat lama..

Cak cekur udang gamit
Pak Sawal pergi kerja
Minta cekur beri kunyit
Nak ubat ayam buta

mak aku kata  lagu tu Anuar Zain nyanyi masa zaman dia kanak-kanak..
Ala....Anuar Zain juga yang nyanyi

Berlalulah sudah Ramadhan..
Sebulan berpuasa..
Tiba Syawal kita nyanyikan
Dengan rasa gembira...




Pokok Kaduk pun..
Dah x kenal mana kaduk
Mana rumput
Tenggelam dalam semak
Sebab nenek cakap dah xdipedulikan
Pokok pun akan merajuk
Sebab pokok juga makhluk yang hidup




Pokok Rambutan Biji a.k.a Rambutan Hutan
Dipanggil Rambutan Biji sebab isinya melekat pada biji..
Tak lekang macam rambutan biasa
Pokok rare ni
Sebab mak aku kata  x banyak dah pokok ni
Ni Raya tahun lepas
Lebat buah dia..
Pic Pokok Rambutan Biji ni pun ada juga aku jumpa kat blog orang lain\
Konon pokok kat kampung dia
Mesti la aku kenal pic aku
Dah pernah pos dalam entri tahun lepas kan
Pic kita mesti lah kita tahu
Tak tahulah pulak sejak bila kampung bloger tu sama ngan kampung aku
Pokok yang sama..
Hahahaha...sian dia sebab aku x kenal dia...
Kikikiki..
Suka hati ko lah Labuuuuuu...!!!!


Raya baru ni
Pokok Rambutan ni baru berputik
Hijau lagi
Belum ada isi



Pokok Palas
Memang banyak la dalam kampung nenek
Pokok Pals memang nenek bela dan jaga
Ada lebih 10 rumpun..
Rumpun tu penjodoh bilangan bagi pokok yang tumbuh berkelompok banyamk-banyak
Macam pokok buluh..pokok tebu ..pokok serai..pandan dan Pokok Palas ni la
BAnyak lagi pic Pokok kat Kampung nenek ni
Tapi tetiba rasa dah penat
Citer kat atas semua ni pun dah baut sikit-sikit sejak dari balik raya lagi..
Buat sikit...save..
Bila rajin sambung
Bila dah malas benti..
Bila dah penat..
Pos jer lah mana yang sempat
Lain kali kiter citer lagi yek..!!!



No comments:

Post a Comment