Tuesday 13 June 2017

RESEPI NASI DAGING & REMPAH NASI DAGING

Nasi Daging...
Sedapppppnyerrrr
BUKAN nasi Dagang tau..!!
Mak aku cakap Nasi Daging
Makanan kebanggaan orang Kedah..
Bangga sebab sedap...
Hahahaha...
Kiranya macam Nasi Dagang di Trengganu dan Nasi Kerabu di Kelantan ar...
Mak aku citer Nasi daging hidangan yang fofuler kat Kedah terutama untuk Kenduri Kahwin...Kenduri Qurban...Kenduri Aqiqah dan juga jamuan raya..
Kata mak aku sebabnya kalau kat Kedah kalau kenduri memang akan disembelih lembu atau kerbau..
Kiranya daging fresh la...bukan daging import..
Hari Raya juga Nasi Daging selalu dihidangkan ..
Mak aku citer kalau arwar Tok Ngah masih ada kat umah dia WAJIB ada Nasi daging ni setiap kali raya..
Resepi Nasi Daging ni pun mak aku cakap diberikan oleh anak Tok Ngah 20 tahun yang lalu..
Dan mak aku masih guna resipi ni untuk buat Nasi Daging dan Nasi Tomato hingga sekarang.



Nasi Daging ni mak aku masak untuk iftar hari ke 15 Ramadhan...Hari Sabtu...
Sejak minggu lepas lagi mak aku beli daging cakap nak masak Nasi Daging..
Tapi mak aku kata tunggu hari Sabtu sebab hari Sabtu nak gi amik kakak..
Hari Sabtu lepas sahur jer aku dah temankan mak aku drive gi amik kakak...
Mak aku dah call kakak soh siapbawal- awal sebab lepas sahur dah nak bertolak amik kakak..
Nak balik cepat sebab nak siapkan kuih raya yang orang tempah...
"Masa Itu Emas"....hahaha..
Lepas amik kakak...terus hantar kakak ke KTM sebab kakak dah janji nak kuar shoping raya ngan Kak Nurul...



Beria- ia mak aku nak Masak Nasi Daging ni tunggu kakak balik...
Pukul 5 petang mak aku hold dulu kuih raya sebab na masak Nasi Daging ni
Tapi sudahnya hanya aku ngan mak aku berbuka kat umah...
Kakak call bagitau kakak nak iftar kat NU Central ngan Kak Nurul..
Mmm...abang lak kerja...iftar kat tempat kerja...



Nasi Daging ni mak aku kata akan dimakan besama Air Asam Kerisik
Air Asam ni memang Sedappppp...
Tak cayer..tanyalah aku...
hahahaha.....


Pastu kena ada Sup Daging Rebus
Ada juga orang hidang dengan dalca atau kari daging


Kata mak aku Nasi Daging ni ada 4 Bahagian penting:

1. Buat Rempah Nasi Daging
2. Masak Nasi Daging
3. Buat Sup @ Kari Daging
4. Air Asam Kerisik  untuk cicah daging 

Mak aku dah siap-siap asingkan folder supaya senang aku nak susun entri ni..
Kalu aku nak citer memang berterabur la...
Walaupun aku masak bersam mak aku..
tapi aku just tolong tumbuk-menumbuk dan potong memotong jer..
Kiranya aku ni Chef assistent  la...
Heeee


1. Buat Rempah Nasi Daging
 
Bahan-bahan untuk Rempah Nasi daging:( untuk 1kg beras)

1 batang kulit kayu manis
1 biji (biji)buah pala
10 buah pelaga
20 cengkih
3 kuntum bunga lawang


Basuh dan Sangai semua bahan -bahan rempah..
Sangai tu maknanya goreng tanpa minyak hingga garing dan berbau harum




- Ketika rempah sangai masih panas....Masukkandalam lesung dan tumbuk hingga halus


Haaaa.... ini kerja aku...menumbuk rempah-rempah tu..
Mak aku soh tumbuk sebab kalau blend kering pun nanti x halus sangat dan bising..
Ada skill x aku menumbuk..??



Haaa....nampak !!
Ni la hasil tumbukkan aku...
Mas ni bau diaaa....
Mmmmmm....bau rempah wangi...
Mak aku cakap bagus..!!
Sebab halus...
Haaaa....nak tips tumbuk nak bagi halus.??
Mmmm.. mak aku cakap lepas tumbuk-tumbuk sampai rempah tu kasar-kasar..
Pastu gesekkan alu tu..
Gesek tu macam pusing-pusing sambil teka-tekan  samil pusing alu lesung tu..
Alaa.... camner nak cakap...
Tanya la mak...
hihihihihi..


Rempah ni mak aku cakap boleh buat banyak-banyak sesiap..
Simpan dlam botol dan simpan kat peti ais supaya bau dia x hilang
Nak masak baru amik..
Sukatan dia mak aku cakap 1kg beras guna rembah 1 sudu besar penuh...


2. Masak Nasi Daging

 Bahan Nasi Daging: 
1 kg daging- potong besar
1kg beras basmathi- rendam 15 minit supya nanti nasi gembur cantik
( Kalau beras biasa pilih beras yang agak keras)
4 cawan air rebusan daging  ( Ratio- 1 beras: 1 air)
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan sos tomato
(lagi sedap gantikan dengan 1 tin sup tomato  Cambell)
1 sudu besar penuh rempah Nasi Daging ( yang dibuat tadi)


Bahan Tumis:
1 bawang esar- hiris
1 ketul kalia- mayang
2 daun pandan -simpul
2 sudu butter + 1/2 cawan minyak


1. Rebus daging dengan air yang banyak hingga empuk
    Air biar banyak sebab nanti nak guna air tu untuk sup dan nak masak nasi


Pembantu Chef....Haaa....ada skill x aku hiris bawang & halia tu..
Huhuhuhu...air mata aku melimpah-limpah ooo...
Pedih mata giler rupanya..
bila potong bawang banyak..

2. Panaskan butter dan minyak dalam kuali....


3. Tumis semua bahan tumis


4. Bila harum..Masukkan sos tomato atau kalau nak lagi sedap guna 1 tin  Cambell  Tomato Soup



5. Tambah 4 cawan air rebusan daging...

   
6. Tuang semua bahan dalam kuali tadi ke dalam Rice Cooker..Masukkan juga garam dan gula..
    Tekan Cook dan masak hingga mendidih...


7. Masukkan susu cair dan beras yang sudah dibasuh dan direndam sekejap.Kacau supya rata dan biar cook ..
Bila air kering gaulkan sedikit supya rempahnya rata.

8. Letakkan juga ketulan daging rebus tadi ..Tutup dan biar nasi masak sepenuhnya



Bila nasi masak baru digemburkan dan tabur daun sup dan daun bawang




3. Sup Rebus
-4 cawan air rebusan daging tadi + sikit dagingnya yang dipotong kecik
2 kentang/ Keledek - potong
garam secukupnya
1 paket sup bunjut - Sup Tulang
1 bawang besar  hiris

Semua bahan dicampur bersama air rebusan daging ,kentang dan sedikit daging yang direbus tadi..




TAK PERLU TUMIS..'
Just rebus je semua tu dan sesuaikan rasanya

**** Tak perlu tumis sebab Nasi Daging sudah berempah,,Jika tumis nanti makan rasa muak sebab nasi dah berperisa...
,Kalau nak lagi sedap gantikan kentang dengan  ubi keledek oren..Kuah lagi sedap..

     



4. Air Asam Kerisik  untuk cicah daging 


Air Asam Kerisik ni patutnya campur sikit santan pekat..
Baru lagi kick..!!
Tapi yang ni x campur santan sebab nak elakkan cepat basi sebab nak simpan juga sampai sahur..

** Air Asam yang nak di simpan perlu diasaingkan dan bungkus dalam plastik dan simpan dlam peti ais supaya x basi..


Bahan Air Asam Kerisik:

1 tomato masak - yang ni ganti tomato ceri
1/2 bawang besat - hiris
1 limau nipis
1 sudu kerisik
¼ cawan santan pekat


Bahan Blend:
10 cili pasi
3 cili merah
1 ketul kecik belacan
1 cawan air asam jawa cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 bawang besar

- Blend semua bahan blend dan gaul dengan tomato serta bawang hiris dan kerisik...Perahkan limau dan tuangkan santan pekat..

** Rasa Air Asam Kerisik ni Macam kuah kerabu

3 comments:

  1. Izin sy cuba resepi nasi daging ni..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Silakan
      Semoga sedap d berkat

      Delete
  2. makcik share resepinya yer..tmakasih

    ReplyDelete