Friday, 2 June 2017

LEPAT PULUT CICAH RENDANG


Lepat Pulut Cicah Rendang...
Dah macam raya..
Bau Rendang...
Bau Lepat Pulut direbus...
Walaupun namanya Lepat Pulut
Tapi rasa dia macam ketupat pulut.


Bila makan ngan rendang ...
Memang rasa ketupat cicah rendang.
Sebenarnya mak aku cakap ni Kuih recyle
Sebabnya pulut tu baki yang buat Pulut Mangga..
Masa sahur xde sapa nak makan Pulut Mangga pagi- pagi tu..
Mak aku cakap sayang sebab pulut yang dalam kukus belum berusik pun..
Yang hidang masa iftar memang licin dah pun..
Pulut tu masih ada dalam kukus yang mak aku tinggalkan untuk abang...tapi abang balik malam tu terus tido... x makan Pulut Mangga tu..

Makanya mak aku cakap kena buat sesuatu..
Lepas sahur  masa aku basuh mangkuk...
Mak aku lak tengah bungkus lepat pulut..
Mak aku cakap masak pagi..
Makan waktu bernuka lagi cantik
Sebab  lepat pulut dah sejuk dan isi akan jadi padat berkilat...
Dulu mak aku selalu buat ketupat pulut ni..
Selanya mak aku buat yang plain KAT SINI...
Kadang ada versi campur kacang
LEPAT PULUT KACANG KETUPAT kat sini


Selalu makan lepat pulut ni cicah sambal sardin jer...

Tapi ni dah ada Rendang Ayam Cili Padi yang untuk  bekal kakak balik kolej tu..
Lagi la ngam
Lain kali kalau ada pulut lebih..
Jangan membazir...rycle  jer jadi lepat..
Siyes...lepat ni lagi  sedap dari pulut biasa.
Tapi kalau xde baki pulut
Boleh rendam pulut dan buat la lepat

LEPAT PULUT...mak aku

2 cawan pulut- rendam
1 cawan santan
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
15 keping daun pisang - saiz tapak tangan
Benang





1. Kukus pulut yang dah direndam. Bila pulut masak gaul dengan santan yang sudah dicampur gula dan garam..Biarkan 10 minit supaya pulut menyerap santan


2. Layur daun pisang


3. Ambil sekeping daun pisang dan letakkan 1 sudu pulut yang sudah digaul santan..


4. Lipat kiri  dan kanan  daun pisang serta hujungnya seperti lepat..Buat hingga habis


5. Guna benang untuk ikat.. Jika tiada benang ni..beh sahaja guna benang jahit ...tapi cantumkan beberapa lembar bemang supaya senang nak ikat .

** JANGAN SESEKALI guna gelang  getah ikat
     barang...kerana nanti bila rebus pulut akan
     rasa PAHIT..

   
6. Kembarkan 2 lepat dan  ikat berkembar dengan cara bahagian lipatan hujung daun pisang sama mengadap

7. Buat berpasangan hingga habis



8. Masukkan dlam rice cooker dan isi air tenggelam


9. Bila air hampirbkering keluarkan lepat dan toskan dalam tapis


10. Bila sejuk guntingkan tali benangnya..
Siap untuk hidang dengan sambal or rendang

*** Mak aku cakap ada sejenis pulut diikat sama macam ni ...Tengahnya diisi sekeping pisang dan diikat serta direbus sama seperti lepat pulut ni..
Kuih tu dikenali sebagai " Pulut Dakap""
Hahaha...lawaks ar nama dia..
Aku lum pernah tengok tu...
Mak aku dah janji nanti nak buat...

No comments:

Post a Comment