Monday 23 January 2017

MEE SUP SIMPLE SEDAP

Mee Sup ...
Sarapan pagi tadi...
Mee Sup yang Simple tapi Sedappppp...
Simply Sedappp..
Macam pernah dengar nama tu..
Tapi kat mana ek..??


Mangkuk aku...
Penuh Chickenball...
Homemade Chickenball yang mak aku aku buat tu...
Kuah dia ...
Pergh....sedappp..
X puas hirupppp
Mak aku cakap sebab manis dari rebusan tulang ayam dan chickenball serta  carrot..



Kata mak aku ni Mee Sup versi sarapan pagi.
Bukan versi berempah ..
Just clear soup..
Macam orang Cina selalu makan waktu pagi..
Hihihi...amik feel Chinese New Year ke mak aku ni...
Tapi selalu orang guna fishball...

Mangkuk abang....
Pun penuhhh...
Mula abang cakap xnak...
Tapi bila mak aku suruh makan jugak...
Abang makan & taknak...
Xnak bentiiii...
Hihihihi...
Baru thauuu...!!!


Guna Mee Pok Lan ni...
opkos mak Ismail yang bagi...

Cara buat boleh rujuk ENTRI SEMALAM KAT SINI..

MEE SUP SIMPLE SEDAP
 2 paket mee kuning- basuh dan celur serta tapiskan
30 biji chickenball
Tulang-tulang ayam( jika ada)
1 batang carrot
1 kiub ayam
10 cawan air
4 sudu minyak
1 sudu lada sulah
garam
Daun bawang
daun sup


Bahan Tumis:
1 bawang besar-dadu hakus
4 bawang putih-cincang
5 hiris halia- mayang halus
 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan tulang-tulang ayam dan kacau hingga masak
3. Masukkan air dan masak hingga mendidih
4. Masukkan kiub ayam dan carrot
5. Masukkan chickenball dan masak hingga bebola timbul
6. Masukkan garam & lada sulah
7. Sesuaikan rasa dan tutup api dan tabur daun sup daun bawang

** Buat sup dalam periuk besar.
    Bila nak makan ceduk sup dalam periuk kecil dan masukkan segenggan mee dan rebus sekejap supaya 
    rasa lebih sebati dan sedap.

2 comments: