Monday 18 July 2016

RESIPI RENDANG AYAM...

 Baru jumpa folder yang ada resipi & cara buat Rendang Ayam yang mak aku suruh cari tu...
Rupanya memang ada tapi aku dah tersalah rename kat folder tu..
Gambar rendang ayam...
Tapi aku dah rename "Kerisik"
Erm....sib baik sebelum delete aku buka dullu folder tu...
Di situ ko nyorok yer wahai si Rendang Ayam...

Rendang Ayam yang mak aku buat untuk iftar ke berapa ntah....yang aku nak makan ngan Nasi Lemak..Tapi mak aku makan ngan Ketupat Frozen...

Aku ngan kakak memang suka sangat rendang...
Abang pun mesti suka...

RENDANG AYAM....mak aku
bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam-potong besar
2 sudu kerisik
1 daun kunyit
2 daun limau purut ( xnak bubuh pun xpe)
2 asam keping
1/2 kepung gula nisse( boleh ganti 2 sudu gula melaka)
1 bungkus rempah rendang Mak Siti ( x bubuh pun dah ok)
1/2 cawan minyak
1 cawan pati santan
3 cawan air @ santan cair

Bahan Blend: 
25 cili kering-gunting & rebus hingga lembut
2 bawang besar
5 bawang putih
3 hiris lengkuas
1 ketul kecil kunyit segar
2 serai

Bahan Tumis:
1 kulit kayu manis
2bunga lawang
5 buah pelaga

CARA BUAT :
1. Blend cili,bawang besar ,bawang putih,lengkuas,kunyit & serai macam ni



2. Panaskan minyak & tumis bahan tumis & masukkan bahan blend serta rempah rendang ( jika x guna rempah rendang pun ok)
Part menumis ni boleh je skip...tapi jika ditumis terlebih dahulu..rempah akan lebih harum.

*** kalau ikutkan maksud "Rendang" ni sepatutnya x perlu tumis sebab "merendang" maksudnya masak/rebus hingga santan tu mengeluarkan minyak..



3. Bila bahan blend dah garing ,masukkan ayam & balik-balikkan..



4. Masukkan air @ santan cair & biar mendidih hingga ayam empuk.


5. Bila ayam dah lembut,masukkan garam,gula nisse,asam keping & daun limau purut...Biar mendidih lagi hingga agak kering.



6. Akhir sekali masukkan kerisik & daun kunyit yang didimpul @ dihiris halus.
Jika suka berkuah x perleu biar terlalu kering kerana bila semakin sejuk nanti kuahnya akan semakin pekat.


 BOLEH TENGOK RENDANG AYAM PENCEN KAT SINI...

*** Mak aku pesan...kalau rendang ni nak dipanaskan semula...tambahkan air panas & biarkan hingga mendidih & sentiasa kacau hingga naik minyak semula seperti sebelum dipanaskan.

- Jika dipanaskan tanpa dimasukkan air..nanti cepat hangus & bahagian dalam isi  ayam tu belum betul-betul panas.Hanya kuahnya yang panas sedangkan isi dalam ayam x panas ..akan membuatkan rendang mudah basi walaupun dah dipanaskan...Ini kerana isi ayam tu yang rosak. 

*** Boleh masak banyak2 & frozenkan...
       Jika nak frozenkan,pastikan masukkan dalam plastik ikut saiz sekali makan.jangan bubuh semua dalam 1 bekas  masa frozen sebab nanti bila nak makan sikit je pun,kita dah kena defros semua rendang tu..
Kalau asyik beku..cair..beku..cair akan buat makanan cepat rosak.

Contohnya 1 bungkus hanya seketu..2 ketul @ 3 ketul...So,bila nak makan hanya amik 1 bungkusan..

 










No comments:

Post a Comment