Tuesday 26 July 2016

KAMBING PANGGANG ROSEMARY


Kambing PAnggang Rosemary...
Juadah iftar Puasa 6 aku ngan mak aku hari Khamis...
Aku yang nak sangat makan kambing ni...
Rasa macam sedap sangattt...
Sebab tengah puasa.
Mak aku pun suka kambing..
Abang pun suka kambing...
Pakcik pun suka kambing..
Aqil.... ntah la dia suka ke x..
Haikal...mmmm suka kot
Tapi nenek x suka..
Kakak x suka..
Achik pun x suka... 
Tetiba la melalut...heee
Melalut tu apa..?
Mmmm melalut tu macam cakap topik yang xde kaitan ngan topik ni la..hee

Dah selalu mak aku buatkan kambing panggang ni..
Cuma mak aku kata ..kadang2 mak aku alter ikut suka sui jer...hihihi

KAMBING PANGGANG 

500 gm kambing slice
Bahan Perap :
2 bawang putih
1 sudu rosemary
1/2 cawan sos tomato
1/2 sudu garam
Minyak Olive

Kentang:
5 biji kentang
1 sudu teh rosemary
2 bawang putih
secubit garam
1/4 cawan minyak zaitun
*** Hari ni nyer cuma guna french Fries jer..

Gravy :
sisa panggang kambing
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu lada hitam tumbuk
1/4 cawan air panas
2 sudu daun pasli cincang

 Broccoli :
1 ketul broccolli
sikit garam
1 sudu minyak




 1. Sisa panggang kambing (minyak lemak & kerak panggang) di campur 1/4 cawan air 1 sudu teh tepung gandum & aji shio lada hitam & masak sampai pekat




1. Tumbuk semua bahan perap & gaulkan pada kambing slice.Biar beberapa jam @ semalaman dalam peti ais.


 2. Susun dalam tray. Renjis minyak zaitun & panggang dengan suhu 200 selama lebih kurang 1 jam. Jika kambing banyak lemak x payah guna minyak zaitun dah.



 3. Cara buat Gravy.... Bila kambing sudah masak angkat semua daging kambing tu masukkan dalam pinggan..Sisa-sisa panggang tu dicampur air panas,lada hitam & tepung gandum..Kacau rata & masukkan semula dalam oven selama 5 minit hingga pekat..



4. Tabur daun pasli cincang & siap



5. Broccoli ... Panaskan air dalam periuk hingga mendidih & campur sikit garam & minyak..Celur broccoli selama 2 minit & toskan...

 5. Kentang,,,just goreng french Fries jer..


Siaplah juadah iftar Puasa 6....
Bismillahirrohmanirrohimmm.....

No comments:

Post a Comment