Sunday 8 March 2015

UBI KAYU REBUS vs KOPI O.....

Ubi Kayu Rebus vs Kopi O....
Mak aku kata ni menu popular zaman Jepang...!!!
Zaman Jepun lah...
Heeee
Mak aku kata tu cerita dari nenek..
Sebab mak aku kata mak aku pun x rasa pun zaman Jepun kerana mak aku lahir tahun70-an...dah merdeka dah pun....
Aku...?
Aku lagi la....
Lahir tahun 2002....

x kisah lah lahir tahun bila pun ...
Yang penting aku suka sangat ubi kayu rebus cicah ngan kelapa & brown sugar ni...
Feel you....
Sebab makan masa hujan tengah lebat...!!!

Bukan aku je yang suka ubi kayu rebus ni....
Kakak pun suka....
Semua ni aku ngan kakak yang habiskan...
Mak aku kata ubi ni hanya 3 ketul je...baki buat kuih lapis traffic light hari tu...
Kata mak aku lagi nanti balik kampung boleh la amik ubi kat umah Achik...
Boleh la makan puas-puas...
Kalau la pokok ubi kayu tu ada lagi kat umah Achik...
Kalau dh xde....
Huhuhuhuhu...

UBI KAYU REBUS
3 ketul ubi kayu
sikit garam.

1. Potong-potong ubi kayu agak-agak sepanjang jari.Kupas kulit.
2. Masuk dalam rice cooker & isikan air hingga ubi tenggelam.
3. Masak hingga air hampir kering.Masukkan sikit garam & toskan ubi.

Bahan Cicah:
1/2 cawan brown sugar
1 cawan kelapa parut putih + sikit garam

1. Letak brown sugar & kelapa parut bergaram secara berasingan


KOPI O...untuk 1 mug
1sudu besar serbuk kopi
air panas mendidih
2 sudu gula

1. Masukkan serbuk kopi dalam kole yang besar.
2. Tuangkan air panas mendidih & tutup kole. selama 5 minit.
3. Tapis air kopi dalam mug & tambah gula secukupnya...siap...

No comments:

Post a Comment