Saturday 8 November 2014

WATERMELON JUICE WITHOUT BLENDER/JUICER

Haaa...betul ke grammer aku....?
Jue Tembikai Tanpa Pengisar/Pembuat Jus......
Itu yang aku maksudkan....saja kasi english kan...
Mak aku kata ni la cara mak aku buat Jus Tembikai masa mak aku kanak2 dulu..
Kata mak aku masa tu belum ada elektrik kat kampung...
Dah xde elektrik..tentu la xde blender bagai...
Xkan nak beli blender buat hiasan dalam almari kan....
Mak aku kata ada juga jiran nenek yang kerja kat Singapura beli blender & kipas angin meja dari Singapura letak atas almari buat hiasa sebab belum ada elektrik...hahahaha..kelakarnya aku dengar..
Tapi mak aku kata...itu tandanya kena bersyukur....sebab zaman aku semua dah ada..

JUS TEMBIKAI TANPA BLENDER
 1 potong tembikai
1 sudu gula
beberapa kiub ais

1. Potong tembikai menjadi beberapa bahagian & masukkan dalam gelas yang besar.
2. Masukkan gula.
3 Dengan menggunakan sudu makan......tekan tembikai dalam gelas seperti melenyek kentang.
4.Buat hingga tembikai mengeluarkan jus.
5. Tampa dicampur air.Masukkan kiub ais & kacau hingga ias mencair & minummmmmm...!!!!!

 Jus Tembikai ni sedap sebab masih ada tembikai yang x hancur...feel sangat aku minum....!!!
 Mak aku lagi la feel minum sambil baca suratkhabar....
Mak aku kata sesaja nyusahkan diri lenyek tembikai ni semata-mata kerana nostalgia zaman kanak-kanak....huhuhuhu

No comments:

Post a Comment