Sunday 7 September 2014

BUBUR SOMSOM @ SUMSUM..?


Dessert hari ni...Bila tanya mak aku kata ni Bubur Somsom...Tanya lagi sekali dengar macam Bubur Sumsum..
Tanya lagi untk pastikan..mak aku kata..mak aku pun x pasti sebutan yang betul samaada Bubur Somsom atau Bubur Sumsum...Bunyinya hampir-hampir je...
Tapi yang aku keliru tu..Mak aku kata  Bubur tapi aku tengok x macam bubur pun...Macam puding adalah...!!!
Bubur Sumsum..Bubur Somsom..hmmm x kisah lah sebab aku suka tengok warnanya yang putih bersih macam snow jew....Tapikan...tapikan...aku kan x suka sangat kalau mak aku letak ceri .Tak kira lah kat kuih raya atau kat dessert..Mak aku suka sangat letak ceri..Kata mak aku nak bagi nampak santek..Tapi kalau Hmm hari ni abang dah balik sebab nanti dia ada appoiment HUKM..Haaa bahagian aku tu boleh la buang ceri tu & letak dalam gelas abang kan...hehehe
Ingatkan makan cam tu je...Rupanya Bubur Somsom @ Sumsum ni makan dengan sirap gula melaka..Tapi yang ni sirap Gula Nissey Klate ye...!!! hehehee
Kata mak aku bubur ni yang putih tu tidak diletakkan gula..Ianya tepung beras yang dimasak bersama santan
dan sedikit garam & rasanya lemak-lemak masin..So,nak rasanya sedap makanya dimakan bersama sirap nissey klate..
Kena la makan ngan sudu..Shiningnya sudu mak aku ni..cuci dengan joy..hahaha..Kata mak aku lagi..bubur ni boleh saja dimakan panas-panas. Boleh juga disejukkan dahulu. Kalau makan panas2 tepung tu lembik macam bubur la..Kalau dah disejukkan rupanya dah macam puding sebab tepung tu akan membeku.

 Nak Masak Bubur Somsom @ Bubur Sumsum..?
Hmm..aku belum bran..hanya tengok mak aku masak je...!!


BUBUR SOMSOM @ SUMSUM ..versi mak aku

1.Bahan Sirapnya:

2Keping gula nissey klate
1 cawan air
2 helai daun pandan
i. Pecahkan gula nissey & koyakkan daun pandan.Masak bersama 1 cawan air hingga gulanya larut & mendidih..Siap..

2. Bahan buburnya :-
1cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
1/2 camt garam
 i. campur tepung beras,santan & garam..Kacau hingga x bergentil & tapis... nampak kan tarikhnya semalam..makannya hari ni....sebab hari ni dihidangkan sejuk..

 ii. Kacau atas api kecil hingga agak pekat & teruskan kacau hingga nampak meletup2.
iii. Tepung yang betul-betul masak akan mudah dituang & tidak melekat pada periuk.

 iv. Tuangkan dalam gelas berkaki supaya senang dihidangkan..Boleh juga sudukan dalam mangkuk &
      sejukkan dalam loyang atau mold yang berbentuk bunga & sebagainya..
v. Boleh hidangkan panas atau disejukkan terlebih dahulu..Makan bersama sirap gula melaka atau sirap nissey klate.
 vi. Nak kasi nampak santek....make up la dolu...Gunting daun pandan & letak juga sebiji ceri merah...Baru lah nampak vogue sikit kan...hehehe..Gula Nissey & Pandan tu sajer la nak inteprem juga ...
Bak kata mak aku masa whatsapp gambar ni pada Acik...." Tepung Bodo ni pun kalau di make up kan...lawa ngalahkan si ......" hahaha... mak aku ngan Achik tengah ngumpat ke...? Hahaha...Eh,aku memang baca la whatsapp tu sebab post dalam Group Family..Hahahaha...



No comments:

Post a Comment