Thursday 10 July 2014

SAHUR 9...CHEESEBALL


 Sahur  9 pada pagi Hari Isnin adalah Cheeseball....


Cheeseball ni mak aku buat masa nak buka puasa yang sama ngan Nasi Ayam Rosmary tu...Tapi mak aku buat lebih untuk sahur sekali..
Petang semalam tu dah buat banyak-banayk..bekukan & masa sahur tinggal goreng jew....... Yang kunimg kat belakang tu baru golek dalam telur & belum golek dalam serbuk roti.Yang putih depan ni dah golek dalam sebuk roti

CHEESEBALL
6 biji kentang
1 cawan tepung gandum
sikit garam & serbuk lada hitam
10 keping cheesedale @ parmesan
1 telur
serbuk roti
minyak

1. Rebus kentang & masa masih panas lenyek + garam,lada hitam & tepung gandum.
2. Susun cheese 5 keping & potong jadi 5x6= 30 ketul..Buat yang sama pada cheese selebihnya
3. Bulatkan kentang lenyek & isi seketul cheese.Bulatkan semula sebesar buah melaka.Buat sampai habis
4. Celup dalam telur & golekkan dalam serbuk roti
5. Jikan nak simpan,selepas golek dalam sebuk roti,masukkan dalam bekas & frozenkan
6.Jika nak makan terus goreng sampai garing
Masa panas-panas...tengok cheese yang meleleh tu buat x tahan tu..

Cam biasa mesti ada teh O panas waktu sahur...Habis makan cheeseball...sambung plak makan cornflakes & susu..hehehehehe

Tapi abang makan Nasi Ayam Rosemary yang lebih waktu buka puasa ...

No comments:

Post a Comment