Sunday 9 March 2014

SPAGETTI IKAN MASIN & TELUR CARAK...

Hari Khamis & Jumaat aku lupa nak amik gambar bekal sebab kelam kabut..Hari Khamis & Jumaat bawa Bekal Burger Ayam..Dua hari bawa bekal yang sama sebab bun burger tu expired hari Sabtu..Kena habiskan sebelkum Sabtu...
Tapi aku ada makanan lain nyer gambar....

 Spagetti Ikan Masin & Telur Carak....
Apa tu Telur Carak?
Ikan Masin tu aku tau la..tapi Carak tu ni la first time aku dengar..

Haa...nila Telur Carak tu...
Menurut kata mak aku la...Ini hanya telur ayam je pun..
Carak tu adalah salah satu teknik masak telur...Namanya Telur Rebus Carak..
Tenik macamana..?
Haaa..mak aku kata mak aku tahu buat Telur Carak ni masa dia Form 2..Buat kat sekolah..
Buat Telur Carak kat sekolah..?
X pernah pun cikgu aku ajar...
Agaknya untuk subjek sains kot..
Rupanya mak aku kata masa form 1 hingga form 3 mak aku ada belajar subjek Sains Rumah Tangga..Dalam subjek tu ada kena buat amali masak-masak & jahit pakaian..
Waaa...macam best la plak aku dengar...
Sekarang ada lagi ke subjek tu..?
Kalau ada lagi..aku pun nak amik subjek tu tahun depan sebab tahun depan aku dah form 1...
Cara Nak Buat Telur Carak...
1. Mula-mula masak air dalam periuk hingga mendidih..Air tu agak2 1/2 periuk la..
2. Kemudian masukkan 2 sudu cuka makan..Cuka yang buat jeruk & masak acar tu..yang masam tu..
3. Pastu tambah sikit garam...biarkan mendidih.
4.Kemudian pecahkan sebiji telur dalam mangkuk..Hati-hati jangan sampai kuningnya pecah.
5.Kecilkan api & gunakan sudu untuk buat pusingan dalam air supaya air dalam periuk tu bepusar.
6.Cepat2 tuangkan telur semasa air masih berpusing..
7.Telur putih akan segera bersalut pada telur kuning & telur putih akan terus mengersa sebab kesan cuka yang berasid.Sementara dalam nya telur kuning masih lagi cair..
8. Hati2 angkat telur dengan senduk..& tapis..
9.Kalau nak buat lagi,teruskan proses yang sama dalam air yang sama..
Hidangkan atas Spagetti Ikan Masin..Haaa..bila dipecahkan dengan garfu..nampak la kuning telur tu meleleh macam cheese..Waaa..ni la part yang aku suka..
Spagetti Ikan Masin..
1 cekak spagetti
1 keping ikan masin- ikan talang @ ikan kurau
1 ulas bawang putih
1 bawang besar dadu
2sudu minyak zaitun
2 cili padi- potong
Daun sup
1. Rebus spagetti dengan air yang banyak & sikit garam sampai lembut.Ikut arahan pada pack tu..
2. Panaskan minyak & goreng ikan masin. hingga masak.
3. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih & bawang besar
4.Masukkan cili potong & ikan masin yang dah dihancurkan.
5. Masukkan spagetti & gaul rata.
6.Tabur daun sup & xperlu garam sebab dah rebus dengan garam & ada ikan masin...
7. Hidang denga Telur Carak Meleleh..
Nyum..nyum..nyum..


No comments:

Post a Comment