Tuesday 11 February 2014

KARIPAP SABAH....? BEKAL HARI SELASA...

Bekal hari ni..hari Selasa....Karipap Inti Kentang..
Sebelum ni aku panggil Karipap Jaring...kadang2 panggil Karipap Jala-jala Ikan sebab macam jaring...
 Tanya mak aku...mak aku kata karipap kentang je..Tapi mak aku kata hari tu masa bagi karipap ni pada kawan mak aku..kawan mak aku kata ni namanya Karipap Sabah...
Mak aku kata dah beberapa kali dia gi Sabah tapi x jumpa pun orang jual karipap ni...Mak aku kata mungkin mak aku je yang x jumpa...Mak aku juga kata masa gi Melaka pun x jumpa pun orang jual Buah Melaka...gula Melaka jumpa la...hahahaha
Dah masuk dalam tupperware...ada lagi baki tinggalkan untuk sarapan...Tapi hari ni aku nak sarapan Cheese Ball lagi....Mak aku goreng Cheese Ball tu 3 ball je..3 ketul la...pastu cucuk ngan lidi sate sebab nak makan dalam kereta...

Karipap ni mak aku buat banyak hari Ahad ..Goreng separuh masak & Pastu frozenkan...Ada banyak lagi dalam peti ais...

Kali ni aku dah tau camana mak aku buat karipap jaring ni...eh, Karipap Sabah...hehehe
Dah 2x mak aku buat aku x sempat tengok...Hari Ahad masa mak aku buat karipap ni aku dapat la tengok & amik gambar..
 1. Mula2 gelekkan tepung tu jadi nipis & panjang..
2. Pastu letak inti di pangkalnya..
3. Gulung separuh....Separuh lagi dikelar dengan hujung pisau..
4. Bahagian inti jangan kelar nanti inti terkeluar plak masa goreng...
5. Gulung hati-hati sambil adjust kiri kanannya supaya inti x terkeluar..Pastu kelim tepi kiri dan kanan macam kelim karipap biasa..
6. Buat sampai habis...
7. Mak aku kata first time buat rasa susah..tapi bila dah banyak kali buat biasanya dah x rasa susah...
8. Kalau nak makan goreng sampai garing..Memang sedap makan panas-panas..
9. Yang ni mak aku dah goreng separuh masak untuk frozenkan...Bila nak makan baru goreng sekali lagi..
10. Selain daripada buat bekal...bila2 masa nak makan boleh goreng..Lagi satu..mak aku kata kalau ada orang sesat datang rumah...dah ada kuih nk hidangkan..
Mak aku selalu cakap camtu..Kadang2 mak aku simpan kuih frozen sampai lupa...Bila kemas peti ais baru nampak ada kuih frozen dah jadi air batu..hahaha

Resipinya aku hanya copy & paste dari resipi karipap kentang yang mak aku dah taipkan hari tu

 KARIPAP INTI KENTANG BODO2
1/2 kg tepung gandum
2 sudu butter
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam

INTI KENTANG
 10 biji kentang
1 labu bawang besar- cincang
1pokok daun sup-cincang
1 kiub ayam-hancurkan
garam & sikit minyak

 Buat Inti Dulu:
1. Rebus kentang sampai empuk  tanpa buang kulit..Rebus dalam rice cooker je.
2. Kopek kulit kentang & potong dadu .
3. Panas sikit minyak dalam kuali & tumis bawang besar cincang.
4. Masukkan  kiub ayam & sikit garam &  sikit je air bagi kiub & garam hancur.
5. Masuk kentang & daun sup.Gaul rata.Angkat & biar sejuk

 BUAT KULIT KARIPAP
1. panaskan minyak & butter.tuang dlam tepung yang dicampur garam
2. gaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh bentuk.
3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.
4. Gelek bebola tu sampai agak nipis.
5. Isi inti & kelim tepi..
 Buat sampai habis & goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana 
** Goreng separuh masak & frozenkan untuk guna bila2 masa.

Begitulah kisahnya karipap jaring..karipap jala-jala ikan yang sudah dikenali sebagai karipap sabah..saya sudahi cerita saya ini dengan pantun 2 kerat..:
Gendang-gendut tapi kecapi..
Kenyang perut suka hati....
:-)










No comments:

Post a Comment