Sunday 9 June 2013

KAWASAN PALING PANAS DI MALAYSIA...

Haaa...kawasan paling panas di Malysia bukan Gurun kat Kedah tu ye...Itu loyar buruk sebab nama saja Gurun tapi bukan gurun padang pasir tu....Gurun Kedah tu hujan selalu turun..Ntah2 banjir kot & siap ada sawah padi lagi (nampak sepanjang H/way lepas R&R Gurun)
Ni yang memang terbukti tempat paling panas di malaysia..Siap ada tulis ye... Cer tengok...
Haaa..nampak tak tulisan tu..Siap ada tarikh gambar ni diambil. Ni masa cuti sekolah bulan 3 hari tu...Gambar ni kat Chuping Perlis
Tengok plak tulisan di bawah ni
 Tara.. ni cousin aku Haikal ...Tengok la aksi kami..hehehe...Tadi  haikal amik gambar aku.. Yang ni sbb nak masuk aku ngan Haikal,mak aku tolong amik plak..Papan tanda ni sebelah menyebelah je.. tapi lain infonya. Ni plak pasal ladang tebu terbesar. Juga di Chuping ni..Memang banyak pun tebu di dini tapi aku nampak macam pokok rumput besar ja. Betul...cer tengok gambar bawah ni
Ha tu la pokok tebu. Macam rumput je kan...Achik cakap tebu yang ni yang buat gula yang kita makan tu.Tebu yang biasa kita nampak dekat orang jual air tebu tu lebih besar tapi orang tak buat gula. Kami amik gambar dari dalam kereta je sbb takut nak turun Jalan tu sunyi je...tak nampak orang pun..Achik kata bahaya kalau turun.

No comments:

Post a Comment